Friday, January 2, 2015

Kucing pun sukakan serai

Kucing juga tertarik kepada rumpunan serai kerana ianya hampir sama daya tarikan serai sepertimana ianya tertarik kepada "catnip".Ini mungkin kerana baunya serta juga faedah lain yang memberi kebaikan kepadanya.


Serai dipercayai mempunyai beberapa sumber yang berfaedah untuk penjagaan luaran kucing seperti anti-fungal(kulat kulit), anti-parasite(penyah-parasit) ,antiseptic dan sebagainya.Ianya juga dapat membantu kucing dalam penghadamannya jika di kunyah oleh kucing dan juga boleh mengelakkannya dari barah serta juga darah tersumbat.

Pengunaan serai secara luaran iaitu kepada badannya dapat mengelakkan jangkitan serangga serta juga parasite kulit seperti kutu dan lain-lainnya.

**memberi makan serai sebagai kunyahannya dalam kadar sedikit tidaklah akan memudaratkannya akan tetapi jika diberikan berlebihan akan mengundang masalah "hyperthyroidism" ataupun masalah kekurangan zat makanan**


Untuk membiasakan kucing menyukai rumpunan serai , kita boleh menanamnya di dalam pasu yang kecil ataupun sederhana saiz dan sentiasa memotong daun-daun serai yang menjulur panjang.Pasu ini boleh diletakkan di dalam rumah secara bergilir-gilir (indoor/outdoor).

 

3 comments:

Kucing Comel said...

Bagus info ni admin. Tak tahu pulak serai ada kebaikan untuk kucing. Menarik!

Anonymous said...

Patut la kucing sy suka lepak dekat pokok serai

Leila said...

Memang benar kucing amat suka mengunyah daun serai. Terbaekkk😃. Pasu semaian serai saya cukup buat mainan si kucing comel dan takde le saya berharap utk mendapat hasilnya. Tapi cukup teruja melihat keletah si kucing dan serai ini.comel sangat hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...