Nufnang Ads

Wednesday, February 25, 2015

Masalah Cuping telinga kucing berkudis

Kulit telinga kucing adalah sangat sensitif terhadap persekitaran dan sebagainya kerana permukaannya di cupingnya adalah kurang berbulu berbanding bahagian-bahagian badan kucing yang lain.
Ada beberapa sebab-sebabnya yang menjadikan kulit cuping telinga berkudis , keruping,kemerahan dan lain-lainnya & antara penyebab utamanya adalah disebabkan tindakannya sendiri kerana kerap mengaru-garu cuping telinga dengan kuku-kukunya serta terluka kerana kegatalan terlampau .Kesan luka-luka ini akan mengalakkan jangkitan bakteria/kuman/kulat fungus dan sebagainya.


 Antara Penyebab Masalah Kulit Kucing:

>>Kulat/fungus - sejenis spora kulat yang menyebabkan kulit kucing menjadi gatal-gatal dan akhirnya terbentuk kurap di kawasan cuping telinganya(ini adalah tempat yang paling sensitif dan mudah dijangkiti kulat ini)

>>Kutu Telinga - Kutu-kutu yang menjangkiti di dalam corong telinganya dan kesan jangkitan ini menyebabkannya terasa gatal-gatal telinganya.Kesan garunya sendiri akan terhasil luka-luka yang akan mengundang jangkitan kuman/kulat dll.

>>Kutu badan- Kesan gigitan kutu menjadikannya rasa gatal-gatal kulit.

>>Alahan kulit(Allergik)- Sesetengah kucing mengalami alahan kulit samada dari gigitan kutu, makanan,ubatan dan sebagainya yang menyebabkan kegatalan.

>>Bisul/jerawat- kesana sakit dan rasa tidak selesa kerana bisul

>>Sporotrichosis- Jangkitan sporo yang terhasil sebab luka kecederaan dari pergaduhan dan mudah terjadi kepada kucing jantan yang bebas di luar.

Untuk merawatinya terdapat pelbagai ubat sapuan di dalam pasaran untuk anti-fungal/anti-bakteria dan sebagainya, Namun kita harus kenalpastikan puncanya terlebih dahulu untuk mengatasi masalah sebenar yang dihadapinya.
""Kukunya yang tajam menyebabkan kulitnya terluka dan terdedah kepada jangkitan bakteria""

 

3 comments:

kucen master said...

nice tips

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/03/kucing-berwarna-pink.html

Hafeez hashim said...

assalamualaikum. info yang bagus.

Candra Kirana said...

trimaksih gan thank bgt infonya ya :D

sekedar info ajja bagi informasi buat agan" yang laagi bingung atau mengalami kesulitan dalam mengurus surat" penting seprti sim,stnk,dan sebagainya ane ada tempatnya nih mudah bgt tinggal pilih dibawah
biro jasa sim
biro jasa bpkb
biro jasa perizinan
biro jasa stnk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...