Nufnang Ads

Wednesday, April 1, 2015

Kucing gemuk selepas dimandulkan

Ini adalah tangkapan kita bilamana kucing dimandulkan sudah tentu akan mengemukkannya dan kucing lebih membulat dan tampak lebih kecomelannya.
Adakah perkara sebegini betul ataupun tidak ? Kerana ada di kalangan kita selepas kucing dimandulkan , namun tidak kelihatan perubahan fizikalnya.Mari kita fahaminya secara fakta kenapa ianya menambah berat badannya ataupun tidak.


Keperluan kalorinya:
Kucing-kucing yang dimandulkan secara asasnya memerlukan hanya 20-25% kurang kalori pemakanannya berbandingkan dengan kucing-kucing biasa.Ini adalah kerana kadar metabolism mereka adalah kurang berbanding kucing biasa ataupun kucing normal.Ertikata lain , pemberian makanan kepadanya sepatutnya dikurangkan berdasarkan kepada kurangnya keperluan kalori makanan yang diperlukan


Pemberian makanan:
Bilamana kucing yang dimandulkan diberi-makan dari segi kuantiti,masa, kekerapan dan sebagainya ,sebagaimana sebelum ianya dimandulkan , bermakna ianya telah mengambil makanan secara berlebihan dan menyebabkannya menjadi gemuk.


Mitos:
Perkara ini iaitu kegemukan selepas dimandulkan menjadi bualan di kalangan pembela yang memandulkannya dan akhirnya sudah menjadi satu kelaziman sebagai kesan mandulan akan mengemukkan kucing.Ini adalah mitos semata-mata kerana ianya masih bergantung kepada samada kucing memakan makanan yang diberikan melebihi kehendak/keperluan kalorinya.Secara asasnya Pemandulan tidak akan mengemukkannya tetapi kegemukan terjadi bilamana ianya makan banyak .


1 comment:

kucen master said...

kucing saya memang gemok lepas dimandulkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...