Friday, August 28, 2015

Kenal Pasti Mood Kucing

Kucing juga mempunyai mood nya tersendiri dan kebanyakan boleh diamati dari segi perubahan fizikalnya melalui kedudukan ataupun perubahan di telinga, anak mata serta juga ekornya selain daripada apa yang ditunjukkannya secara bunyian ataupun vokal.

Rasa menikmati bermain: Telinga ke arah  hadapan, ekor ke atas, misai ke hadapan dan anak matanya pula agak diluaskan.Tingkahlakunya ketika bermain buru-memburu tadalah ianya akan mengekori mangsanya ( samada mainan, kucing lain atau anda), ianya akan buat kedudukan seperti meniarap dengan bahagian belakang/punggungnya sedikit diangkatkanserta menggoyang-goyangkan sedikit punggung, kemudian terus menyambar serang. Kucing anda akan menyerang hendap,menggigit, berguling-guling lantai dengan "mangsa"nya atupun mainan serta akan menendang dengan kaki belakangnya.

Rasa tenang/rileks: 
Duduk atau berbaring, mata separuh tertutup, anak matanya pula akan mengecil, keadaan ekornya tidak bergerak-gerak ataupun tidak aktif.Telinganya ke arah hadapan dan berdengkur"purring". Kucing yang rasa betul-betul gembira akan sering mengurut-urut di atas permukaan yang lembut.


Rasa cemas: 
Bila kucing dalam keadaan cemas cuping telinganya akan diarahkan ke bahagian tepi atau belakang, anak matanya pula akan diluaskan dan keadaan ekornya di kedudukan rendah atau terletak di antara kedua-dua kaki belakang kucing. Ianya akan cuba menyelinap lari di dalam rumah untuk mencari tempat untuk bersembunyi.Ada juga kucing yang akan menghadapkan mukanya ke arah dinding untuk mengelakkannya dari dapat melihat sekeliling.

Rasa takut atau terkejut:
Cuping telinganya akan menghadap ke arah belakang dan rata di kepalanya, misainya ke belakang, membentuk belakang badan melengkung, berdiri tegak bulu-bulu hujung dan ekor. Dia juga akan menjerit/pekik, menggerang, desis dan lain-lainnya secara vokal.

Bersifat Pertahanan/defensif: 
Berbaring kaku, telinganya juga di kedudukan meleper/rata, misainya ke arah belakang, ekornya terletak di antara kangkang kakinya atau ekornya membelit tubuhnya, dan anak matanya juga diluaskan.Kucing juga akan mengiau dengan kuat, menggeram, desis dan sebagainya secara vokal.

Rasa sakithati/meluat atau Terangsang: 
Anak matanya akan diluaskan, telinga diarahkan ke bahagian belakang sambil bergerak-gerak ekornya dan menghayunkannya ke arah kiri kanan.kucing juga mungkin menghasilkan deraman bunyi sebagai suatu amaran untuk berhenti apa saja tingkahlaku ke atasnya secara fizikal. Bermain dengannya secara agresif juga  menjadikannya rasa teransang dan menyebabkannya akan menyerang menggigit dan mencakar pihak yang bermain dengannya.

Marah: 
Telinga juga ke arah belakang, manakala anak matanya akan mengecil dan ekornya mungkin berada di kedudukan terpacak ke atas atau diturunkan ke bawah serta bulu-bulu ekor di bahagian hujung ekornya pula akan menegak berdiri.  Kucing yang sedang marah akan cuba memandang tajam ke arah lawannya untuk menundukkan mereka sambil menjerit atau pekik sehingga kucing yang lain mengalah.

5 comments:

vimax asli said...

ok

Anonymous said...

Kenapa kucing selalu buat bunyi mcm dengkur tu eh? Lepastu dia urut kita. Kenapa?

Kucing Utara said...

itu ok dn maknanya dia sangt rileks & tenang

Unknown said...

Kenapa kucing ni suka jilat telinga sye .?

Kucing Utara said...

ini adalah sekadar berhubungbaik dengan anda..kerana kucing memang sukakan menjilat (grooming sesama mereka),,ini selalunya terjadi bilamana tiada kucing lain hanya dia saja tinggal disitu,dan ada juga kucing menjilat keterlaluan kerana stress, boring dan lain2 hal moodnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...