Monday, September 14, 2015

Perangai Ibu kucing semasa menjaga anaknya

Perangai si ibu kucing bilamana selepas melahirkan anak-anaknya akan berubah menjadi agak agresif ataupun garang kerana keutamaannya adalah melindungi sebaik mungkin anak-anaknya. Waktu inilah adalah waktu bagi si ibu yang rasa senantiasa dalam keadaan berjaga-jaga ketakutan terhadap kehadiran benda hidup di persekitran termasuk kita juga.Nalurinya adalah si ibu mesti melindungi anak-anaknya walaupun melibatkan risiko terhadapnya tinggi.


Garang terhadap kucing lain
Mereka asalnya hidup bersama-sama sejak lahir, bermain ,makan,minum,tidur dan lain-lain aktiviti dilakukan bersama-sama tetapi jika salah seekor dari kucing menjadi ibu, ianya sudah tidak berminat lagi berkongsi aktiviti dengan mana-mana kucing lain yang sudah dikenalinya dan membuat seolah-olah tidak kenali langsung. Dia mungkin akan mengejar kucing lain walaupun dia tidak berhampiran anak-anaknya terutamanya kucing jantan(walaupun bapa kepada anaknya). Ini kerana kucing jantan selalunya akan membunuh anak-anak itu, dan si ibu akan memastikan anak-anaknya adalah betul-betul selamat.

Garang terhadap kita 
Walaupun ibu kucing yang kita sayangi asalnya adalah manja, suka dibelai dan sebagainya ianya akan berubah sikapnya bilamana menjadi "ibu"secara vokal/suara akan membuat bunyian "hissing" ataupun secara fizikal akan mencakar sesiapa saja yang menghampirinya dan ini adalah satu-satunya caranya memberi perlindungan anak-anaknya yang baru lahir.Kebanyakan ibu-kucing yang, pertama kali menjadi ibu akan memaparkan agresif/kegarangan ke arah mana-mana orang yang datang terlalu dekat dengan anak-anaknya. Tingkah laku yang mungkin kelihatan luar biasa bagi kucing manja yang kita kenali tetapi ia adalah sifat semula jadi dan kegarangan/agresifnya akan reda bilamana anak-anaknya meningkat umur mereka.


Meraung memangil anak-anaknya
Apabila anak-anaknya mula mengembara dan meninjau di persekitaran dalam proses pembelajaran dapat diperhatikan si ibu akan membuat bunyi raungan untuk memanggil anaknya dan ini untuk   memastikan mereka tidak merayau terlalu jauh. Setiap panggilan, anak-anaknya akan datang  kembali mendekati kepadanya. Jika tidak, dia mungkin mula memberikan panggilan lebih kuat.
Jika ibu kucing  meraung dengan kuat, periksa untuk memastikan tidak ada anak-anaknya telah menjadi terperangkap di suatu tempat seperti di belakang pintu tertutup atau almari dan sebagainya


Kerap memindahkan anak-anaknya

Bila si ibu kucing rasa takut ataupun rasa diganggu ,sesetengah ibu kucing memindahkan anak-anak mereka hampir setiap hari ke tempat berbeza dan ada juga melakukannya sekali bila rasa terganggu. Pemindahan ke lokasi yang berbeza adalah perkara biasa bagi dunia kucing kerana jika di dalam hidupan semulajadinya, pemindahan anak-anaknya dapat menyembunyikan mereka daripada pemangsa yang mungkin mengesan anak-anaknya melalui bau. Kucing domestik/indoor masih mempunyai keinginan yang sama untuk bergerak anak-anak mereka dan boleh memindahkan mereka keluar dari kotak sarang kita sediakan dan memindahkan ke tempat lebih gelap seperti belakang almari,bawah katil/sofa dan sebagainya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...