Wednesday, January 20, 2016

Kucing muntah makanan sejurus selepas makan

Ada di antara kalangan kucing akan memuntahkan ataupun termuntahkan keluar kembali makanan yang baru saja dimakannya dan kenapa perkara ini terjadi?Selalunya kita mula mensyaki kucing kita sakit ataupun masalah pemakanan ataupun tidak serasi dengan makanan yang diberikan.Ini lebih merungsingkan kita bilamana ianya berlaku kepada kucing kita yang sudah biasa memakan makanan yang selalu diberikan dan secara tiba-tiba pula ini terjadi.Tapi kenapa???

Ada beberapa sebab kemungkinan yang boleh ianya terjadi sebegitu:

1) Makan terlalu lahap cepat
Bila kucing memakan makanannya terlalu cepat/pantas tanpa dapat mengunyahkannya sebaik mungkin sebelum ditelannya bulat-bulat , ini akan menyebabkan kesukaran baginya dalam proses menyalurkan makanan ke ususnya malah menyebabkan kerumitannya dalam proses penghadamannya.Disebabkan perkara ini secara biologikalnya , ususnya akan menolak keluar kembali makanan yang separa hadam itu.Kita juga boleh tengok ada antara mereka akan memakan kembali makanan separa hadamnya itu.


2) Kebiasaan ibu kucing
Kucing juga berkebolehan memuntahkan kembali makanan separa hadam untuk diberikan kepada anak-anaknya sebagai langkah membantu penghadaman ataupun memberi makan anak-anaknya.Ini selalunya dilakukan oleh kucing liar tetapi juga kucing indoor pun akan buatkan perkara yang sama sebab naluri mereka masih lagi kuat dengan kehidupan semulajadi.


3) Tamak
Kucing akan memakan sebanyak yang mungkin dengan pantasnya bilamana terdapat saingannya di dalam kelompok kehidupan habitatnya, ini mungkin terjadi sekiranya terdapat penambahan populasi di kawasannya.Sepertimana, bila kita hanya ada 1 -2 ekor kucing kesayangan sebagai haiwan peliharaan dan bila penambahan bilangan di kalangan mereka samada kita mendapat kucing baru ataupun penambahan dari segi beranak-pinak.Oleh kerana itulah kucing lebih suka memakan di mangkuk makan sendiri secara individu bukannya berkongsi.


1 comment:

AqillaSharif said...

Saya cuba cari fb page tpi tk jumpa. Mcm mana nk cntact ye sbb saya nak beli malaseb shampoo. Ada lgi tk?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...