Nufnang Ads

Saturday, March 19, 2016

Jenis Darah Kucing

Kucing juga memiliki jenis darah yang berbeza sepertimana manusia iaitu Jenis A, B & AB.Secara umumnya dan paling tinggi di kalangan kucing memiliki darah jenis A terutamanya kucing yang mana baka campuran serta juga di kalangan kucing baka.Mengikut kajian hampir 90% adalah berdarah jenis A dan manakala selebihnya darah jenis B agak kurang manakala AB yang agak sukar didapati.

Jenis darah yang dimiliki kucing kesayangan kita perlu juga diambil perhatian kerana ini dapat membantu ketika menghadapi pembedahan serta juga penambahan darah kepadanya.Sekiranya terjadi pemindahan ataupun penambahan darah berbeza jenis akan memudaratkan mereka.Sebagai contoh, jika kucing yang memiliki darah jenis B tetapi ditambahkan dengan darah A akan menyebabkan masalah kepadanya seperti jatuh sakit ataupun kematian kerana badannya akan menolak/menghalang pemindahan ini kerana darah yang berlainan kerana darah B memiliki antibodi A.

Jenis Darah Anak Kucing
Jenis darah anak kucing bergantung kepada kedua-dua ibubapanya.sekiranya ibu mempunyai darah jenis A dan bapa pula jenis B dan umumnya anak kucing akan memiliki darah jenis A.Begitu juga sebaliknya dan disebabkan inilah kebanyakan kucing mempunyai darah jenis A.
>>>Ibu darah A + Bapa darah B = anak kucing darah A
>>>Ibu darah B + Bapa darah A = anak kucing darah A
>>>Ibu darah B + Bapa darah B = anak kucing darah B


Jenis Darah Menurut Baka
Kucing siamese              : hampir kesemuanya adalah berdarah jenis A
Kucing Mixed Breed      :hampir kesemuanya berdarah jenis A
Kucing persian               : Kebanyakan berdarah jenis B
Kucing japanese bobtail :Kebanyakan berdarah jenis B
Kucing british shorthair :Kebanyakan berdarah jenis B

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...