Nufnang Ads

Sunday, August 7, 2016

Kenapa Ibu Kucing tidak pedulikan anaknya

Masalah sebegini sememang boleh berlaku tetapi agak jarang iaitu si ibu kucing mula bertindak tidak pedulikan anak-anaknya yang baru dilahirkannya samada serta merta ataupun selepas beberapa hari ataupun beberapa minggu dilahirkan.
Ini adalah antara kemungkinan beberapa sebab-sebabnya si ibu kucing berkelakuan sedemikian:

1) Faktor usianya masih muda
ibu kucing yang masih muda iaitu di bawah umur setahun masih lagi tiada lagi kemahiran untuk menjadi benar ciri-ciri keibuan dan menyebabkannya menjadi keliru atau tidak berminat kerana tiada kemahiran serta pengalaman lagi. Tetapi ada juga  ibu kucing muda ini akan mencuba sebaik mungkin untuk ambil-pedulikan anak-anaknya dari penjagaan manakala ada yang tidak. Tambahan pula kucing muda ini mengalami trauma semasa proses kelahirannya,menghadapi kesukaran dari segi fizikal ataupun tempat kelahiran adalah tidak begitu yang selamat baginya, dan sebagainya. Keadaannya yang masih rasa cemas akan menyebabkanya tidak dapat berehat dengan sempurna selepas semua anak-anaknya dilahirkan dan tidak akan baringkan dirinya supaya anak-anak itu boleh disusukan.

2) Anak yang dilahirkannya sakit
Kadang-kadang ibu kucing lebih mudah bersikap akan menolak ataupun tidak pedulikan anak kucing sakit untuk mengelakkan penyebaran penyakit ini kepada anak-anaknya yang lain serta juga hanya tumpukan kepada anak-anak yang sihat.

3) Tempat tinggal dengan anak-anaknya terganggu
Selalunya kita rasa tidak sabar dan mudah tergerak untuk menghampiri anak-anak kucing comel yang baru dilahirkan sedangkan ibu kucing berada berdekatan.Jika anak-anak kucing yang baru dilahirkan itu dipegang belaikan , ini menyebabkan si ibu kucing rasa tergugat dari segi keselamatan diri serta anak-anaknya.Antara tindakbalas yang akan dilakukan si ibu kucing adalah memindahkan anak-anaknya  suatu tempat ataupun ianya tidak akan mempedulikan mereka lagi.

4) Mastitis
Ada ibu kucing yang menyusukan anak-anaknya mengalami mastitis iaitu jangkitan pada kelenjar susunya.Ini boleh berlaku secara spontan, ataupun kesan dari anak-anaknya yang  menggaru-garu semasa menyusu. Puting teteknya menjadi bengkak, keras, dan kemerahan. keadaan ini akan menyebabkan si ibu kucing terpaksa menolak anak-anaknya dari menghisap susu, ini adalah kerana ianya terlalu menyakitkan untuk membiarkan mereka disusukan.


5) Anaknya yang bersaiz besar
Disebabkan saiz badan di kalangan anak-anaknya terlalu besar berbanding yang lain, ini juga boleh membawa kepada penolakan si ibu kucing terhadapnya. Ibu kucing akan bersikap sebegini kepada anak kucing yang bersaiz besar sekiranya susu badannya tidak akan mencukupi untuk semua anak-anaknya,terutamanya jika anak yang dilahirkan adalah ramai.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...