Nufnang Ads

Followers

Friday, January 13, 2017

Bau busuk najis kucing

Bau najis ataupun tahi kucing agak tidak menyenangkan kita terutamanya jika kucing kesayangan kita adalah kucing "indoor" iaitu hampir keseluruhan hidupnya dihabiskan di dalam rumah.Begitu juga kucing yang bebas keluar masuk dan najisnya yang ditimbuskan di halaman akan mengundang bau yang tidak menyenangkan.
Bau najis kucing yang kuat boleh dihubung-kaitkan dengan apa yang dimakannya dan adalah hasil daripada proses penghadamannya yang membentuk hasil gumpalan najis yang terdiri daripada dalam bentuk separa pejal,pejal ataupun cairan, warna yang terhasil serta juga baunya tersendiri.


Makanannya yang mengandungi banyak karbohidrat ataupun kaya dengan bijirin samada nasi(selalunya secara umum kita memberi mereka makan campuran nasi/ikan/daging) ataupun jagung,gandum dan sebagainya yang diadunkan didalam makanan kering/basah yang dijual di pasaran adalah antara puncanya najis menghasilkan bau yang kuat serta busuk.
**Pemberian makanan premium yang bebas bijirin "free grain" yang boleh didapati di pasaran ,namun agak mahal adalah salah satu caranya ataupun jika makanannya disediakan adalah perlu memperbanyakkan daging dari bijirin dalam campuran makanan yang dihidangkan**


Kucing bersifat kurang minum air secara umumnya dan oleh kerana itulah kurang pengambilan minum air juga salah satu faktor utama menjadikan hasil kumuhan najisnya berbau.Kucing agak kurang minum air bilamana makanannya yang dimakannya seperti makanan kering (kibble dryfood) dan begitu juga dengan makanan basah.
***Memastikannya suka dan gemar meminum air dan antara yang kami lakukan adalah memasukkan ketul ais di dalam bekas minumannya dan akan menarik perhatiannya***


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...