Friday, January 13, 2017

Bau busuk najis kucing

Bau najis ataupun tahi kucing agak tidak menyenangkan kita terutamanya jika kucing kesayangan kita adalah kucing "indoor" iaitu hampir keseluruhan hidupnya dihabiskan di dalam rumah.Begitu juga kucing yang bebas keluar masuk dan najisnya yang ditimbuskan di halaman akan mengundang bau yang tidak menyenangkan.
Bau najis kucing yang kuat boleh dihubung-kaitkan dengan apa yang dimakannya dan adalah hasil daripada proses penghadamannya yang membentuk hasil gumpalan najis yang terdiri daripada dalam bentuk separa pejal,pejal ataupun cairan, warna yang terhasil serta juga baunya tersendiri.


Makanannya yang mengandungi banyak karbohidrat ataupun kaya dengan bijirin samada nasi(selalunya secara umum kita memberi mereka makan campuran nasi/ikan/daging) ataupun jagung,gandum dan sebagainya yang diadunkan didalam makanan kering/basah yang dijual di pasaran adalah antara puncanya najis menghasilkan bau yang kuat serta busuk.
**Pemberian makanan premium yang bebas bijirin "free grain" yang boleh didapati di pasaran ,namun agak mahal adalah salah satu caranya ataupun jika makanannya disediakan adalah perlu memperbanyakkan daging dari bijirin dalam campuran makanan yang dihidangkan**


Kucing bersifat kurang minum air secara umumnya dan oleh kerana itulah kurang pengambilan minum air juga salah satu faktor utama menjadikan hasil kumuhan najisnya berbau.Kucing agak kurang minum air bilamana makanannya yang dimakannya seperti makanan kering (kibble dryfood) dan begitu juga dengan makanan basah.
***Memastikannya suka dan gemar meminum air dan antara yang kami lakukan adalah memasukkan ketul ais di dalam bekas minumannya dan akan menarik perhatiannya***


9 comments:

Unknown said...

Assalam kucing utara. Sy mau tumpang bertanya. Sy ade seekor kitten berusia sebulan, slalunya dia aktif dan sy slalu brmain dgnnya. Dan smlm sy campaknye di atas tilam mule2 ok. Tp slps bbrp jam die mule x aktif dan kerap baring. Hampir sehari die bgitu. Siang td selera mkn ttp sama, byk makann. Tp td die punye selra brkurang. Mungkinkh kakinya trseliuh? Ade rawatan yg bole dilakukn x slain pegi vet? Sbb sy x mmpu tnggung kos rawatn.

Kucing Utara said...

wasalam...jika anda sentuh ataupun pegang kakinya dan ianya marah ataupun jerit dan sebagainya ini berkemungkinan terseliuh kerana kakinya sakit...anak kucing yg masih muda/kecil jika bermain kasar sehingga melibatkan fizikal dengannya mereka masih lagi dalam keadaan ketakutan/trauma dengan kejadian tersebut dan akn bertindak mendiamkan diri...

arina said...

Assalam..sy nk tny... Skrang kucing sy tgh sakit.. Umo dlm 3 bln... Dia berak mcm cairan hitam n bau dia busuk sgt... N tiba2 Td hidung dia berdarah... Sbb apa yaa.? Mcm mna nk handle.? Sy dh bwak p vet last week.. Katanya keracunan n pgawai bagi ubat bijik charcoal... Nmpk laa mcm ok skit dh.. Tp smlm start dia berak cm tu..

Kucing Utara said...

wasalam...warna tu petunjuk masalah ada kemungkinan pendarahan dalam ususnya samada disebabkan parasite/cacing dsbnya.

me_NFI said...

Salam.. Tumpang tny.. Kitten klu baru mula celik mata, umur dia lingkungan berapa ya.. Kitten kat rumah tanpa ibu, suap minum susu formula haiwan. Makin lama makin meningkat jumlah susu. Yg merisaukan tu, bila 1 hari minum susu byk sgt, mlm sbelum tdo cirit byk sgt. 2nd day, sy bancuh susu bg pekat sikit, bila mlm cirit juga tp najis cair campur pejal cmtu. Makin pulih or ad masalah ya kena bwk ke klinik.. Minum lalu ja, n sgt aktif.. Huhu

Kucing Utara said...

wasalam...takda masalah jika dilihat dari segi najisnya

Angah said...

Salam, nk tanya la kucing sy ni kecik lg , ibu takda sy ambil dy dkt tmpt keja dy sekor2 kena kacau dgn anjing la brung gagak la , skrg ad d rumah sy , yg sy risau ni dy tk lalu mkn , sy bancoh susu pon dy taknak, tk aktif nmpak lemah ja sy nk bwa klnik tk mampu sgt , bole bg idea tk nk bt mcm mna? Lg satu dy cirit cecair tuh , jln pon tk nmpk bole jln, mata bole bukak luas dah

Unknown said...

Tempat saya byk kucing.. boleh bgtau di mana sy boleh buang kucing2 ini selepas sy tangkap?

Unknown said...

Terima kasih atas infonya. Saya mohon share ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...