Nufnang Ads

Followers

Monday, January 16, 2017

Kenapa tidak boleh Vaksin Kucing mengandung?

Sebaiknya adalah kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan vaksin dan apakah tindakbalas yang terjadi di dalam sistem imunisasi kucing terlebih dahulu.Dengan ini akan memudahkan memahami kesan-kesan yang mana mungkin terjadi jika divaksinkan ketika mengandung.


Secara asasnya vaksin adalah proses yang akan merangsangkan tindakbalas imun sistem kucing yang disuntikkan.Ini adalah kerana suntikkan vaksin mengandungi antigen organisma yang menyebabkan penyakit.Bilamana ianya disuntikkan, sistem imunnya akan dirangsangkan dan dia menghasilkan antibodi untuk melawan antigen di dalam vaksin. Jika dia terdedah kepada penyakit yang sebenar, sistem imunnya telah tersedia untuk mengenalinya dan mengatasinya serangan virus berdasarkan kepada vaksin yang diambilnya sebelum ini.


Walau bagaimanapun, jika kucing yang sedang mengandung tidak lagi boleh diberikan vaksin dan perlu menunggu sehingga selepas dia sudah melahirkan anak-anaknya. Ini adalah kerana jika divaksinkan ketika mengandung, kesan vaksin ini akan mendedahkan "virus" kepada anak-anaknya di dalam kandungannya .Besar kemungkinan anak-anaknya nanti dilahirkan dengan kecacatan kelahiran, termasuk "hypoplasia cerebellar", yang merupakan kecacatan otak yang mengakibatkan gegaran,mengeletar dan terumbang-ambing apabila anak kucing membuat pergerakan ataupun aktiviti fizikal yang lain. vaksin juga boleh menyebabkan kucing mengandung mengalami keguguran.

***Sebelum menjalani vaksin kepada kucing betina sebaiknya pastikan ianya tidak mengandung dan vet boelh tertentukan perkara ini***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...