Nufnang Ads

Followers

Saturday, February 18, 2017

Ibu kucing mengiau ketika mengandung

Ianya adalah memeningkan dan agak tidak selesa untuk kita bilamana ada kucing kesayangan kita yang mengiau kuat dan berterusan tanpa mengira masa.Ini juga akan mengundang tindakan secara fizikal dari kita terhadap mereka dan akhirnya menyebabkan tergugat jalina hubungan-ikatan persahabatan yang sudah terbentuk antara kita dan kucing kesayangan.Adalah lebih baik bagi kita untuk memahami kenapa ianya berbuat semedikian kerana setiap tindakan vokal-suara kucing ada maksud disebaliknya.


Kenapa Ibu kucing yang sedang bunting ataupun mengandung mulai mengiau-giau?

Sebelum itu , kita harus tahu adalah kucing mengandung untuk jangkamasa 9 minggu ataupun dua setengah bulan paling lama.
Bilamana ianya mencapai atau melebihi tempoh waktu mengandung/buntingnya 7 minggu terdapat beberapa perkara penting yang perlu dibuatnya untuk persediaan dirinya untuk proses bersalin nanti.Seperti tempat pesembunyian sunyi untuk bersalin, makan sebanyak mungkin dan sebagainya.
Bila sampai waktu 7-8 minggu hingga waktunya untuk bersalin ada di antara ibu kucing yang mengandung akan mula mengiau-giau.


Kenapa ini berlaku?Antara sebab-sebabnya adalah:

1) Masih lagi belum tetapkan tempat yang sesuai untuknya bersalin.
2) Tertekan kerana mungkin rasa ada ancaman luar(seperti rasa kehadiran kucing lain terutamanya kucing jantan) walaupun sudah ada tempat untuknya bersalin.
3) Memberitahu yang masa untuknya bersalin sudah hampir.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...