Nufnang Ads

Followers

Saturday, May 20, 2017

Perlukah Mangkuk Makanan kucing diasingkan?

Ianya menjadi amalan kebiasaan memberi makanan kepada kucing di dalam bekas/mangkuk/pinggan yang sama untuk  beberapa ekor kucing makan bersama.Secara asasnya,penyediaan/pemberian makanan di dalam satu mangkuk yang sama untuk dikongsikan adalah mudah. Ia menjimatkan ruang,masa dan sebagainya tetapi bagaimana pula dengan kucing?
Adakah kucing tidak ada masalah jika mereka berkongsi makanan di waktu yang sama?Ataupun perlu disediakan mangkuk makanan secara individu?


Sebelum itu, perlu bagi kita memahami sifat tingkahlaku/sikap kucing terlebih dahulu.

Ketua-Dominan
Kebiasaannya kucing hidup bermasyarakat dan mempunyai kedudukan iaitu hierarki di kalangan mereka di mana akan wujud seekor kucing yang lebih dominan terlantik menjadi "ketua" dan ini selalunya kucing jantan/bapak kucing. Ini boleh menyebabkan masalah ketika waktu makan, kucing dominan akan mengawal makanan dan memakan bahagian yang lebih banyak/besar makanan yang dihidangkan berbanding  kucing-kucing lain. Sudah tentu jika ada peluang ,kucing-kucing lain akan cuba melarikan makanan keluar dari pinggan yang dihidangkan dan memakannya di tempat lain...


Selera makan berbeza 
Ada juga di kalangan kucing-kucing walaupun sama/hampir sama umur mereka mempunyai selera  makan yang lebih besar daripada yang lain, dan ianya boleh berakhir mendapat lebih daripada bahagian yang saksama makanan.Ini juga terjadi kepada kucing yang tidak sihat/sakit dan mereka lebih terdorong kepada tidak makan jika dikongsikan untuk mengelakkan sukar perebutan makanan.Begitu juga bagi kucing yang baru diambil masuk untuk tinggal bersama-sama dengan kucing lain/asal yang sudah berada di situ..

Pemakanan/Diet khas
Selaras dengan peringkat umur kucing , keperluan pemakanan mereka adalah berbeza dari segi keperluan zat dan sebagainya, terutamanya jika kucing di dalam kawalan makanan disebabkan masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang kronik dan sebagainya atau kucing terlalu gemuk dan perlu diberikan diet rendah kalori untuk menurunkan berat badan atau anak kucing yang perlukan makanan khas untuk"kitten" semasa di awal umur bawah 12 bulan dan sebagainya....


"Adalah disarankan memberi makan kucing secara individu"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...