Saturday, February 3, 2018

Kenapa Kucing parsi mudah bertahi mata

Kucing parsi yang bermuka rata "flat faced' memang paling digemari kerana keunikan fizikal bentuk kepalanya yang membulat seperti epal dan bermuka rata serta hidungnya yang kecil.Tetapi masalahnya adalah mereka ini sentiasa bertahi mata dan matanya yang sentiasa berair dan ini menjadikannya sentiasa bermuka comot dan kotor jika tidak dicucikan selalu.


Keadaan Kelopak Mata
Antara punca kucing parsi yang mengalami tahi mata yang banyak adalah disebabkan keadaan kedudukan kelopak mata yang berkedudukan arah ke dalam matanya samada bahagian atas ataupun bahagian bawahnya.Umumnya kucing parsi lebih cenderung mengalami masalah kelopak mata di bahagian bawah matanya .Kedudukan ini menyebabkannya kelopak matanya sentiasa tertusuk ke permukaan matanya.Ini menghasilkan tindakbalas matanya untuk mengalir-keluarkan airmata sebagai pelindungan matanya sendiri.Namun, akhirnya tahi mata terkumpul-hasil di bawah matanya.
Keadaan ini agak jarang terjadi bagi kucing biasa, tetapi ianya cenderung kepada kucing-kucing berbaka "purebreed" seperti persian serta juga burmese adalah disebabkan keadaan genetik di mana sebahagian kelopak mata terbalik atau dilipat masuk ke dalam bola mata.


Pengeluaran air mata dari matanya secara berlebihan
Ia adalah gejala dan bukan penyakit tertentu dan dikaitkan dengan pelbagai keadaan. Air mata yang dikeluarkan oleh kucing adalah sebagai sistem pertahanan semulajadi yang membantu hidung serta saluran hidungnya lembap.
Setiap kali kucing mengelipkan matanya, air matanya akan tertolak keluar di bahagian luar kelopak mata dan mengalir turun ke hidung.Walau bagaimanapun, apabila kucing yang mengalami masalah sistem saluran "nasolacrimal" samada terhalang/tersumbat ataupun tidak berfungsi dengan betul, menghalang air mata daripada mengalir keluar secara normal.Ini menyebabkan air matanya kemudian melimpah keluar di mukanya sendiri dan penghasilan airmatanya nampak berlebihan kerana ianya tidak disalur-buangkan secara biologikal kerana masalah struktur saluran "nasolaccrimal"nya.
Kucing berbaka Parsi, Himalaya dan baka lain yang mempunyai fizikal muka-rata "Flat Faced" bersertakan berbulu panjang adalah baka kucing yang paling banyak dipengaruhi oleh masalah saluran yang terhalang .


7 comments:

Unknown said...

Saya bawa ke vet sbb xlalu mkn diorg kata sakit mata bg ubt sakit mata .macam mna tu nak teruskan guna ka x ubt tu

Kucing Utara said...

teruskan beri ubat mata..kucing jika sakit apa2 pun akn hilang selera makan.

Unknown said...

Xtau xkena kt mana dia nk mkn tp xmkn .telan air liur ja

cik saerah said...

Saya nak tanya kucing sy baru kena suntik untuk selesema di klinik krajaan...tp keadaan dia skrg terbaring...adakah ianya normal.

Kucing Utara said...

ya normal utk 2-3hari

Unknown said...

Sya nak tanya ni , kucing sya taik mata dia tk pndai nak hilang" .. Nak buat mcm mana eh ??

Kucing Utara said...

anda boelh bantu cucikan matanya dengan pencuci mata khas utk kucing seperti diamond eye yg ada dijual di petshop.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...