Wednesday, September 29, 2010

Penjagaan bulu-Menjilat Sendiri

Kucing amat mementingkan kebersihan dirinya dan sebahagian dari masa jaganya dihabiskan dengan memandikan dirinya sendiri iaitu menjilat.

Antara sebabnya adalah:
1) Membersihkan bulunya serta mengugurkan bulu yang sudah mati ataupun luruh.
2) Lidah mengeluarkan sejenis pelincir dan dapat menutupi serta melindungi seluruh bulunya dan bertindak sebagai  kalis air.
3)Menyejukan badan dengan air liurnya kerana kucing tidak berpeluh dan ini dapat dilihat jika cuaca panas.
4) Mengurangkan segala parasit,kutu yang menumpang di badannya.
5) Mengelakkannya mendapat jangkitan kulit.

***Keselesaan dalam masyarakat kucing-Kucing juga saling menjilat antara satu sama lain dan ini adalah untuk pertalian hubungan sosialnya.Kucing juga menjilat dirinya sekiranya tertekan ini membantunya menenangkan dirinya.****


Anak kucing yang sudah menjangkau umur 6 minggu ke atas sudah mulai "Grooming" sendiri.
Kucing juga akan menjilat-jilat telapak kakinya sebersih yang mungkin kerana ia akan menggunakan kakinya untuk memberus bahagian badan yang tidak dapat dicapai lidahnya.

Sunday, September 26, 2010

Memandikan kucing


Walaupun kucing secara semulajadinya adalah haiwan yang menghabiskan sebahagian hidupnya membersihkan dirinya namun perlu juga kita memandikannya.
Antara sebabnya adalah:
1) Anak kucing mandi buat pertama kalinya kerana pembersihan dirinya sendiri adalah terbatas.
2) Kucing yang berbulu panjang kerana dengan ini dapat membantu mengeluarkan bulunya yang luruh dan dapt mengelakkan hairball.
3) Kucing yang tua kerana faktor umurnya yang terbatas serta perlu dibantu.
4) Menghapuskan kutu dari badannya.
5) Terkena najis,kotoran yang tidak dapat dikeluarkan olehnya.
6) Bau badannya

Memandikan kucing adalah tugas yang perlu diambil perhatian oleh tuannya kerana ini boleh membuat kita merasa tertekan kerana kebanayakan kucing amat takut kepada air.
Sekiranya selalu dimandikan kucing akan mudah membiasakan dirinya dengan air.



Langkah 1:
Tangkap kucing yang hendak dimandikan dan tempat terbaik adalah di dalam bilik air yang mempunyai sinki.
Tutup pintu bilik air supaya kucing berasa selamat serta mengelakkannya lari kerana kucing akan tetap berusaha untuk melarikan diri.
Langkah 2:
Gunakan sinki sebagai tempat mandi dan boleh juga takungkan air sedikit di dalam sinki setinggi 1-2 inci. Letakkan kucing di dalam sinki sambil memegangnya (telapak tangan memegang di perutnya,tangan kanan untuk memandikannya)

Langkah 3:
Basahkan keseluruhan bulunya dan elakkan membasahi mukanya(ianya amat sentitif dan akan meronta-ronta).Kemudian shampookannya sehingga mencapai ke kulitnya dari ekor ke kepalanya.Biarkannya untuk beberapa minit supaya shampoo berubat bertindak terhadap kutu.
Langkah 4:
Gunakan air untuk membilas shampoo tadi keseluruhan badannya dan pastikan kesemuanya shampoo dibilaskan dan jangan basahkan mukanya(kerana baki shampoo yang tertinggal akan membuatkan kucing berasa gatal serta secara tidak langsung akan termakannya semasa menjilat bulunya nanti)
Langkah 5:
Sekarang barulah dicuci mukanya dengan menggunakan tuala basah.Secara berhati-hati cucikan mukanya dengan tuala ini.
(Jangan sesekali menyemburkan mukanya dengan spray ataupun merendamkan kepalanya dalam air)
Langkah 6:
Gunakan tuala untuk membaluti badannya dan masih lagi dalam balutan tuala , gunakan hair dryer untuk pengeringan serta gunakan sikat.

Saturday, September 25, 2010

Pemakanan Kucing ketika mengandung

Faktor pemberian makanan kepada kucing mengandung adalah amat penting untuk kesihatannya serta kepada anak yang dikandungnya.Memberinya secara berlebihan ataupun kurang boleh mengugat tumbesaran serta pembentukan anak kandungnya.

Selalunya kita hanya lebih tertumpu semasa ianya mengandung tetapi agak kurang beri perhatian selepas ianya bersalin.Sebenarnya di kedua-dua masa ini adalah amat penting dalam pemberian makanannya.

 Tip memberi makanan:
1) Air perlu disediakan sentiasa kepadanya setiap masa.
2) Semasa ianya mengandung sehingga 3 minggu , makanan yang disediakan adalah sama seperti biasa sebelum mengandung kerana anak kandungnya hanya mulai membesar semasa 3 ataupun 4 minggu dalam kandungan.Ini bermakna kucing tidak perlu sebarang penambahan makanannya pada masa ini.
3) Pemberian makanan yang lebih di masa ini hanya menambahkan kadar lemak(fat) kepadanya serta mengundang kegemukan dan ini mungkin boleh menyukarkannya ketika bersalin.
4) Semasa 3 minggu mengandung kucing juga akan mulai kurang makan untuk beberapa hari, selalunya lebih kurang 2- 7 hari.Keadaan ini adalah normal tetapi sekiranya ianya tidak makan langsung untuk 1-2 hari perlu dapatkan rawatan lanjut.
5) Semasa 4 - 6 minggu mengandung, anaknya sudah mulai membesar di dalam kandungannya dan penambahan makanan berkhasiat adalah perlu untuknya menambahkan tenaga.
6) Di akhir masa mengandung 9 minggu, berat badannya akan bertambah sebanyak 40-50%,berikannya makan sebanyak yang mungkin.
7) Ketika inilah perlu ditambahkan jumlah makanan yang diberikan kepadanya secara beransur-ansur, selalunya ia akan makan 50% lebih dari kadar sebelumnya dan akhirnya mencapai 2 kali ganda pengambilan makanan dari biasa.
8) Dimasa ini juga adalah baik menukarkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi untuknya.
  ***Boleh juga diberikan makanan kucing yang dibuat khas untuk "KITTEN" kepadanya kerana kaya dengan khasiat dan zat ****
9) Selalunya dalam masa 1- 2 hari sebelum hari bersalin,secara mendadak kucing akan mulai kurang makan.Tidak perlu dirisaukan tentang ini kerana ianya masuk waktu "puasa" sebelum bersalin.

Thursday, September 23, 2010

Pemakanan Anak Kucing-Cara Memberi Makan

Makanan yang sesuai untuk diberikan kepada kucing seharusnya adalah makanan seimbang yang diperlukan oleh mereka untuk pembentukan otot terutamanya pada bahagian kakinya.

Anak Kucing:
Anak kucing yang berumur 4 minggu sudah mulai memakan makanan pejal perlu dititikberatkan pengambilan makanannya untuk membantu tumbesarannya.
Makanan yang paling baik & mudah adalah makanan "dryfood for kitten" yang terdapat dipasaran kerana pengeluar mengadun makanan ini berdasarkan kepada keperluan zat makanan yang diperlukan oleh anak kucing.
Cara yang terbaik adalah diberikan makanan kepadanya 4-5 kali sehari tetapi dengan jumlah yang sedikit.Ini dilakukan sehingga ianya mencapai umur 5-6 bulan.Secara beransur-ansur, perlulah mengurangkan kekerapan pemberian makanan sehingga akhirnya hanya mencapai 3 kali sehari.Ini adalah cara yang terbaik membantu tumbesarannya secara sihat serta mendapat makanan seimbang.



Daging mentah:
Kucing memerlukan protein dari diet hariannya pada kadar 30% dari keseluruhannya,elakan memberi daging mentah kepadanya kerana daging mentah mengambil masa untuk dihadamkan.Daging yang sudah masak dapat membantunya menghadamkan makanan dengan lebih mudah.
Elakkan memberikannya lebihan dari sisa daging dari dapur seperti tulang ayam/ikan/daging,kepala ayam,kulit ayam dan sebagainya, kerana makanan ini agak sukar baginya untuk dihadamkan.

Baki makanan dari meja makan:
Makanan jenis ini juga tidak sesuai untuk kucing walaupun selalunya kita dapat lihat di warung yang mana pelangan akan melemparkan baki makanan(selalunya tulang ayam dengan sedikit lebihan daging ataupun tulang ikan) kepada kucing yang berkeliaran disitu.
Namun jenis makanan ini tidak sesuai kerana ianya hanya mengambil makanan yang tidak seimbang untuk dirinya (Lebih protein dari sumber lain).Ini mungkin dapat dilihat dari pembentukan fizikalnya yang tidak seimbang(kurus ataupun terlalu gemuk)

***Pemberian baki makanan kepada anak kucing boleh membuatnya lebih cenderung kepada baki makanan dan sentiasa menunggu hambuan pada setiap kali kita makan di meja makan serta ianya akan kurang berminat pada makanan yang disediakan kepadanya sehinggalah ianya menjadi dewasa dan ini boleh membantutkan tumbesarannya.****
 Dryfood:
Untuk kucing yang hanya mengambil makanan dryfood ianya perlu meminum air sebanyak 200 ke 300ml sehari dan ini adalah penting untuknya dalam penghadam makanannya serta mengelakkan kekeringan "dehydrat".

Makan sebelum tidur:
Elakan memberinya makan yang berasaskan protein sebelum tidur kerana daging agak sukar dihadamkan ketika tidur dan daging mudah dihadamkan ketika ianya aktif.
Ini juga boleh menyebabkannya sakit perut kerana gangguan hadaman di keesokan harinya.
Berinya makan 1-2 jam sebelum masa tidur.

Monday, September 20, 2010

Pemakanan Kucing -Alergik makanan

Kucing juga boleh alergik/alahan kepada makanan yang diambilnya dan ini boleh terjadi kepada mereka tanpa mengira umurnya(dari kecil sehinggalah dewasa),bakanya serta jantinanya.
Kucing yang alergik kepada makanannya akan menunjukkan kesan pada dirinya secara fizikal , sebagai contoh ianya merasa gatal-gatal dan selalunya akan lebih kerap menggaru.
Bila keadaan ini berlaku, kita selalunya menganggapkan yang ianya dijangkiti kutu,yang pasti kita harus periksa keadaan kehadiran kutu padanya.Jika tiada, ini sudah pasti ianya mengalami alahan makanan.
Kucing yang mengalami alahan makanan selalunya menunjukkan jangkitan pada kulitnya seperti ruam dan ini menyebabkan terasa gatal-gatal,keadaan kulit yang kering.
Telinga dan di bahagian kepalanya-muka adalah tempat yang selalu dijangkiti ruam ini.

Fakta penting:Kucing yang selalu muntah,cirit-birit bukannya menunjukkan yang ianya alahan makanan tetapi ketidaksesuaian makanan tersebut kepadanya.
Bahagian telinga kucing ini mempunyai ruam kerana alahan

Sekiranya alahan terjadi, harus ditukarkan jenis makanannya dan sentiasa diberikannya dalam keadan terkawal serta bersih(Mangkuk makanannya harus dicuci setiap kali menukar makanan serta baki makanannya harus dibuang).

Senarai punca yang boleh menyebabkan alahan dan kenalpastikannya sebelum bertindak:
1) Makanan yang mengandungi jagung serta gandum
     Ini banyak terdapat di dalam makanan yang murah serta sumber ini juga boleh menyebabkannya 
     mendapat diabetes.
2) Pewarna tiruan
     Bahan kimia ini juga boleh menyebabkan alahan pada manusia bukan saja pada kucing
3) Daging
     Hanya untuk daging lembu & kambing kerana kucing mengalami kesukaran untuk menghadam daging 
     jenis ini sahaja.
4) Telur
    Kucing sangat alah kepada telur terutamanya telur kuning.Terdapat makanan kucing berasaskan telur untuk protin dan perlu dielakkan.
5) Soya
   Elakkan sebarang makanan/minuman sumber kacang soya.Ini memang alahannya.
6) Bahan pengawet makanan
    Bahan awet jenis BHA dan BHT memang bahan yang menjadi alahan kepada kebanyakan kucing.
7) Ikan/makanan laut
    Kucing memang alah kepada ikan

Kucing sebenarnya hanya makan tikus & burung dalam hidupan liarnya dan ikan diperkenalkan kepadanya semenjak ianya hidup serumah dengan manusia  sejak dahulu lagi.

Sunday, September 19, 2010

Anak kucing kawan baru

Kucing adalah haiwan yang bersifat ingintahu dan sentiasa menjelajah ke kawasan baru dengan hati-hati sambil membiasakan dirinya di persekitaran.
Ianya akan mula berkenalan dengan kucing lain sekiranya terdapat di situ,Cara berkenalannya adalah dengan mencium bahagian punggung teman barunya.Keadaan ini agak tidak semestinya diterima antara satu sama lain dan sekiranya tidak diterima ianya akan membunyikan "hisss".Ini tidak boleh dibiarkan kerana mereka akan mula bergaduh serta boleh mencederakan antara satu sama lain.
Kehadiran anak kucing boleh mengugatkan kedudukan bagi kucing dewasa jantan dan terasa seperti kawasannya dicerobohi.Namun begitu dengan pengasingan serta masih lagi dapat dilihat antara satu sama lain(contohnya letakkan kucing baru diambil di dalam sangkar manakala kucing yang sudah tinggal di situ dibiarkan berkeliaran serta biarkannya menyiasat kehadiran teman baru ).
Lama kelamaan ianya akan menerima di antara satu sama lain dan ini mengambil masa untuk beberapa hari.
Akhirnya mereka akan bermain sekali selepas penerimaan persahabatan ini terjalin.

Anak kucing bermain dengan Kura-Kura
Anak kucing parsi sedang meninjau seekor kura-kura dan ianya akan menyentuh, menolak serta berlari-lari di sekelilingnya.Pastinya kura-kura akan terus bersembunyi di dalam cengkerang "rumah"nya sendiri.

Anak Kucing bermain Anak Kera

Mamat(anak kera) sedang bermain dengan Along(anak kucing) ,nampaknya kucing dan kera boleh bermain bersama-sama.Kucing tertarik kepada ekor kera yang panjang dan akan bermain dengannya, manakala kera lebih suka cuba menyentuh bahagian muka kucing.Namun begitu kera lebih suka mengelakkan dirinya.

Saturday, September 18, 2010

Chinchilla

Chinchilla adalah bermaksud bulunya mempunyai dua warna untuk setiap helai bulunya,bulunya mempunyai satu asas warna(putih,kelabu ataupun oren) tetapi berwarna gelap di bahagian hujung/atas bulunya.Selalunya terjadi kepada kucing berbulu panjang serta terdapat juga bagi kucing yang berbulu pendek seperti British Tipped Shorthair.
Bulunya berwarna putih(warna asas) serta mempunyai warna hitam di bahagian hujung bulu dan ini akan menampakkan warna yang agak unik hasil campuran sebegitu seperti bayangan.Ini terhasil disebabkan penguasaan sejenis gene I yang tertumpu pada satu tempat dan terbentuk warna gelap dari asas warnanya.

Terdapat beberapa jenis bulu yang terbentuk:
a) (Chinchilla)-Bulu asas putih dan hujung hitam -jenis ini paling banyak & popular.
b) (Cameos)- Bulu asas merah dan hujungnya berwarna gelap.
c) (Golden Chinchilla)-Bulu asas oren/kuning dan hujung bulunya berwarna hitam.
d) Warna kelabu(smoke) ini agak sukar dilihat kerana warna hitamnya meliputi helai bulu hingga hampir ke pangkal bulunya. Asas bulunya yang sebenar adalah putih.

Friday, September 17, 2010

Penjagaan Kuku & Bulu

"Grooming" bermaksud perkara yang perlu dilakukan oleh kita bagi membantu penjagaan kucing termasuk memotong kukunya,menyikat & memberus bulunya,memandikannya,menyuci telinganya serta juga memberus giginya.
Walaupun kucing bersifat suka membersihkan dirinya,namun ada batasannya yang ianya tidak dapat melakukannya sendiri serta dapat mengurangkannya merosakkan perabut rumah.Sebagai contoh kucing akan mencakar pada kaki perabut kayu untuk membuang kukunya yang mati.

Menggunakan kepit kuku biasa tidak digalakkan kerana boleh merosakkan kukunya

kepit kuku kucing yang berbentuk gunting

Kuku:
Pemotongan kukunya adalah tidak digalakkan kerana kucing secara semulajadinya akan mencakar batang kayu untuk membuang kuku yang mati serta bertindak mengasahkanya.
Sekiranya ianya mula mencakar perabut rumah, tiang cakar yang boleh dibeli dari petshop perlu disediakan untuknya.
a) Sekiranya kuku anak kucing dipotong pada masa usia mudanya , ianya akan serasi dengan proses ini serta kita perlu terus memotongnya pada setiap 2 minggu.
b) Gunakan pengapit kuku yang bersesuaian untuk kucing.
c) Letakkannya diatas riba serta tekan telapak kakinya untuk mengeluarkan kukunya.
d) Sekiranya kuku berwarna putih akan kelihatan saluran darah terdapat ditengah kukunya,pengesahan kedudukan ini penting supaya tidak terpotong.
e) Trim hujung kukunya sahaja kurang dari 2mm,Perlu berhati-hati ketika memotong kukunya kerana ianya akan berdarah sekiranya terpotong saluran darah dalam kuku tadi.


Bulu:
Selalu menyikat bulunya akan dapat membuang bulunya yang sudah mati yang akhirnya mengusut sebagai hairball.Sikat adalah lebih baik dari berus kerana sikat boleh mencapai kedalaman bulunya.
a) Mulai menyikat dari kepalanya hingga ke ekornya kemudian di bawah dagunya hingga ke perutnya untuk beberapa kali.
b) Sikat berlawanan arah tadi untuk membuang bulu yang mati kerana ianya masih tersekat di antara bulunya.
c) Akhir sekali gunakan berus kasar untuk mengosokkannya secara keseluruhan.

Sikat bergigi rapat sesuai untuk kucing berbulu pendek dan sederhana dan di lakukan seminggu sekali.
Sikat bergigi jarang sesuai untuk kucing berbulu lebat seperti Persian perlu disikat sehari sekali dan akhir sekali gunakan sikat bergigi rapat.

Mainan Anak Kucing

 Masa bermain(Playtime):
Masa bermain adalah faktor penting dalam kehidupan seharian bagi setiap anak kucing kerana dengan bermain ianya akan melatih dirinya sebagai haiwan pemangsa serta dapat merapatkan dirinya dengan adik-beradiknya.
Kaedah ini juga dapat mengurangkan tekanan terhadap yang hidup di dalam rumah.
Anak kucing amat gemar bermain dengan jari,tangan,kaki kita dan selalunya akan menerkam secara spontan sebagai tindakbalasnya ketika memburu.
Sekiranya ianya terlalu ganas ataupun agresif , hembuskan di mukanya bukannya memukulnya.
Peruntukan masa bermain untuknya adalah penting bagi kucing yang hidup di dalam rumah(indoor cat).

Barang Mainan:
Pemilihan mainan untuknya adalah sangat penting dan yang paling asas serta mudah sekali adalah sebuah kotak kadboard dan ianya sangat sukakannya kerana boleh bersembunyi serta serang kawannya.
 
     Mainan 3 dalam 1: bola, flesibel bulu ayam,papan cakar

Namun begitu terdapat beberapa jenis mainan yang dijual dalam pasaran seperti bola(jenis lembut ataupun keras),bola berloceng,pancing dan sebagainya.
Kucing gemar mengejar dan mainan seperti pancing bertali yang ikatkan dengan objek dihujungnya adalah yang terbaik untuk melatihnya melompat untuk menangkapnya seperti sifat seekor singa.
Namun begitu, main dengannya hanya beberapa minit sahaja untuk mainan jenis ini.


Mainan yang paling digemari anak kucing:
1) Bola
2) Mainan yang boleh dikunyah
3) Tali
4) Kotak Kadboard

Tips Penting: Anak kucing akan tertarik untuk bermain dengan sebarang jenis tali dan awasinya supaya tidak bermain dengan wayar elektrik yang mungkin boleh terjadi litar pintas.
Pilih mainan yang mempunyai ciri-ciri gabungan (seperti 3 dalam 1) dan ini boleh membuatnya bermain pelbagai mainan serta kosnya lebih murah berbanding jika di beli berasingan.

Wednesday, September 15, 2010

Bila Boleh mandikan Anak kucing?

Anak kucing yang sudah menjangkau umurnya 8 minggu baru boleh dimandikannya untuk buat kali pertamanya sekiranya perlu seperti kutu ,kurap dan sebagainya.
Tidak digalakkan dimandikan semasa umurnya terlalu muda iaitu kurang dari sebulan kerana ibu kucing akan sentiasa memandikan anaknya dengan menjilat seluruh bulu & badan anaknya dan ini boleh menyebabkannya dijangkiti selsema jika dimandikannya terlalu awal.
Kaedah jilatan dari ibunya ini dapat membantu:
a) Membuang bulu yang mati serta mengalakkan tumbuhan bulu peringkat ke 3
b) Air liur dari ibunya mempunyai banyak khasiat dalam penjagaan bulu serta kulitnya
c) Membersihkannya dari sisa dari kesan bersalin serta najis dari anaknya.



Sekiranya anak kucing sudah mulai pandai menjilat dirinya serta sudah mulai menggaru di bahagian lehernya kerana mungkin dijangkiti kutu ataupun hama kucing ,ini bermakna ianya sudah boleh dimandikan, namun yang terbaik adalah semasa berumur 8 minggu.

Cara yang terbaik memandikannya adalah :
1) Gunakan shampoo berubat(Flea) yang sesuai untuk anak kucing
2) Perlu pembantu ketika memandikannya untuk pertama kali kerana kucing tidak suka air.
3) Basah dan lembabkan seluruh bulu badannya dengan tuala basah.
4) Shampookannya dengan mengaru,menyikatnya untuk meratakan shampoo tadi.
5) Biarkannya untuk 3- 5minit tanpa bilas supaya shampoo tadi bertindak terhadap kutunya, perhatikannya agar ianya tidak menjilat badan.
    *jangkamasa ini bergantung kepada kelebatan bulunya ,lagi tebal lagi lama.
6) Selepas tempoh itu, baru dibilas dengan air sambil mengaru-garu badannya serta cuci juga bahagian punggungnya.
   *Kutu akan mulai jatuh dari badannya sekiranya terdapat kutu menghuni di bulunya.
7) Keringkan bulunya samada secara manual (dengan tuala) ataupun hairdryer(Ini agak menakutkan bagi kucing).
8) Sikat bulu-bulunya.


Saturday, September 11, 2010

Anak Kucing ketika umur 2 bulan keatas

Anak-anak kucing parsi sudah menjangkau umurnya 2 bulan dan pada ketika ini sudah pun bermain-main dengan adik beradiknya serta sudah mula berinteraksi dengan manusia.
Mereka amat gemar bermain dengan bola terutamanya bola yang berasaskan bulu benang.
Ketika berumur pada tahap ini ianya sudah boleh memakan makanan pejal serta dalam proses putus susu.
Pemberian jenis makanannya adalah amat penting masa ini baginya untuk membesar dan yang terbaik adalah makanan pejal jenis "kibble" yang dibuat khas untuk anak kucing serta tidak digalakkan membri susu tambahan kepadanya.Namun begitu perlu ditukarkan makanannya sekiranya ianya cirit.

Penyediaan pasir najis adalah perlu di dalam sangkarnya ataupun diletakkan pada tempat yang khas dalam rumah bagi melatihkannya berak & kencing di tempat yang betul.
Kucing mempunyai nalurinya sendiri bilamana perlu untuk ke "tandas"dan akan secara semulajadinya akan memasuki kotak pasir yang tersedia.
Kucing mempunyai sifat suka dirinya bersih dan tidak akan memasuki kotak pasir yang mempunyai tahinya yang banyak , jadi perlulah dibersihkan selalu kotak pasirnya.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Selamat menyambut hari raya aidul fitri....
Hari ini dah mula bercuti dan ada yang bertolak balik kampung satu keluarga serta macam-macam nak kena bawa balik kampung ....ada juga dah pulang awal sebab ikut masa cuti sekolah yang awal seminggu.

Kucing pulak amacam...teringin juga rasanya nak balik kampung sekali kot tapi apa boleh buat ,kereta pun dah penuh dengan segala-galanya,maklumla zaman sekarang ,baju raya ni bukannya sepasang saja...di kampung nanti ramai kaum kerabat tuannya serta sukar bagi tuannya nak jaga sebab tuan pun nak beraya setahun sekali...

Bagi tuannya sekadar berkongsi gambar yang captured dalam handphone sebagai ganti untuk menceritakan tentang kucing kesayangannya pada rakan serta sanak saudara...


Jadi ..sekali lagi kucing pun tinggal di Homestay kucing ...untuk raya tahun ini..apa-apa pun ini adalah yang terbaik dapat kita lakukan kepada mereka dari dibiarkan sendirian di rumah ataupun dibawa balik kampung beraya tetapi tiada masa untuk mereka,serta mungkin dibuli oleh kucing lain..


Yang pasti apa yang penting bagi kucing adalah keselesaan tempat tinggal serta tenang dan damai.

Selamat Hari Raya....

Wednesday, September 1, 2010

Kucing mengandung olok-olok

Kucing mengandung dalam masa 63 ke 66 hari ataupun untuk mudahkan ingatan pada kita ianya mengandung untuk 9 minggu berbanding manusia 9 bulan.
Walaubagaimanapun terdapat kucing yang mengandung melebihi masa tersebut seperti kucing baka siamese.
Kucing yang mengandung tidak menunjukkan sebarang fizikal perubahan sehingga 6 minggu dan cara yang paling mudah untuk mengenalpastikannya mengandung adalah ketika 3 ke 4 minggu , puting tetek mulai timbul dan serta nampak lebih jelas.

Pemakanan juga perlu dititikberatkan semasa ianya mengandung terutama sekali ketika 3 minggu terakhirnya.
Ianya lebih suka memakan makanannya lebih kerap dan kadar yang sedikit berbanding pada masa tidak mengandung.Ini adalah kerana perutnya mengecil dan tersempit kerana pembesaran kandungannya.
Sekiranya kucing tiada selera makan ataupun tidak makan dan nampak tidak begitu sihat perlu di beri rawatan segera untuk mengenalpastikan puncanya kurang selera.
Jangan berikannya lebihan vitamin dan mencukupi dengan hanya memberikannya makanan yang berkualiti.
Digalakkan juga memberi makanan tambahan seperti minyak ikan serta sedikit susu untuk kucing dalam pemakanannya tetapi jangan terlalu kerap. 
Kandungannya agak sukar dipastikan berapa ekor anaknya, selalunya kucing mengandungkan anaknya di antara seekor ke 8 ekor tetapi bergantung kepada saiz anaknya.
Secara puratanya kucing mengandungkan 5 ke 6 ekor anak.
Anak pertama kelahirannya adalah lebih kecil berbanding yang berikutnya ikut turutan bersalin.
Sekiranya semasa kucing mengandung terdapat pendarahan padanya, ini berkemungkinan kucing akan mengalami guguran dan perlu di beri rawatan segera kerana ini boleh membawa maut.

Fakta Menarik: Kucing juga menunjuk tingkah laku seolah-olah ianya mengandung seperti tambahan berat badan,menghasilkan susu (putingnya menonjol) serta mula membuat sarang "port" tempat bersalin tetapi akhirnya tidak mengandung ataupun tidak melahirkan anak.Fenomena ini dikenali sebagai "False Pregancies".
Perlu dihantar ke klinik untuk mengeluarkan susu yang terhasil sekiranya susu yang dihasilkan itu terlalu banyak.Ubatan dapat membantu mengeringkan susu darinya.