Tuesday, May 28, 2013

Perlukah Vitamin D kepada Kucing

Seperti yang kita ketahui Vitamin D akan terhasil secara semulajadinya sekiranya kulit kita terdedah kepada cahaya matahari dan begitu juga terjadi kepada beberapa spesis haiwan di muka bumi ini, Namun perkara ini TIDAK terjadi kepada kucing dan amat jarang bagi kucing untuk menghasilkannya sendiri melalui kaedah ini tetapi ada juga yang berkebolehan sebegini.Ini juga dapat diperhatikan amat jarang kucing berjemur ataupun terdedah di siang hari kepada cahaya matahari dan banyak menghabiskan masa siangnya dengan tidur sepanjang hari sehingga senja di tempat teduh/tersembunyi.
Namun Kucing sangat selesa dan menjadi kesukaan berehat di jendela sambil menikmati suasana & pandangan luar.


Bagaimana Kucing mendapat Sumber Vitamin D
Kucing memperolehi sumber vitamin D adalah dari pemakanan hasil buruannya yang memberikannya secara tidak langsung.Kebanyakan makanan kucing dalam pasaran mengandungi vitamin ini di dalam diet mereka.

Peranan Vitamin D
Vitamin D membantu dalam proses penyerapan kalsium & phoporus dan ianya dikenali sebagai "pengangkut Kalsium"= Calcium Carrier".Ianya juga beperanan penting dalam pembentukan/penumbuhan tulang & gigi ,menguatkan sistem imunisasi dayatahan dirinya.Malah ada juga kajian, ianya dapat mengelakkan kanser.Dan pelbagai lagi kelebihan serta peranannya.

Banyak manakah diperlukan?
Untuk kucing dewasa ianya memerlukan 500-750 IU/kg berat badan kucing sehari ,Manakala untuk anak kucing pula 250 IU/kg berat badan kucing sehari .

***Berlebihan vitamin D ini kepada kucing boleh mengundang maut kerana ketepuan kalsium di dalam darahnya***

Monday, May 20, 2013

Penghapusan Punca Kutu Kucing

Di antara kita yang memiliki & menyayangi kucing sudah tentu berpengalaman menghadapi kesukaran di dalam hal menghapuskan kutu-kutu kucing kerana walaupun beberapa cara yang sudah dibuat seprti memandikannya,disemburkan dengan ubat kutu,ubat titis dan sebagainya ,namun untuk seketika saja dan ada di antara kucing kembali mengaru-garu kerana muncul kembali kutu-kutu di badannya.


Fakta Hal Habitat Kutu:
Perkara asas yang perlu kita ketahui adalah habitat kutu itu sendiri.Kutu yang menumpang tinggal/hinggap di badan kucing adalah hanya 5-10% dari populasinya saja, dimana yang selebihnya 90%-95% adalah mendiami di persekitaran iaitu seperti di dalam rumah terutamanya karpet,selimut,langsir,sofa dan sebagainya.Dengan ini, menghapuskan kutu dari badan kucing saja TIDAK akan membantu hapusan secara keseluruhannya kerana punca populasinya tidak tergugat langsung.
Sebagai contoh, anda sudah membuang kutu-kutu dari badan kutu secara semburan ubat kutu dan berjaya membunuh 20 ekor darinya ,ini bermakna masih ada lagi 380 ekor yang masih hidup bebas/membiak di persekitaran & inilah yang perlu dihapuskan...(berdasarkan pengiraan 5% di badan kucing & 95% di persekitaran)

Bagaimana Bertindak Bijak?
Cara yang paling berkesan adalah menghapuskan kutu-kutu secara menyeluruh termasuk kucing yang dihinggapi kutu serentak dengan penghapusan kutu seluruh persekitaran di dalam rumah anda."Tiada gunanya hanya tertumpu kepada memandikan/menghapuskan kutu dan dalam masa yang sama tiada pembersihan dibuat terdapat persekitaran rumah & begitu juga sebaliknya"

Pertama>>KUCING
De-fleaing ataupun bermakna menyah-kutukan daripada kucing samada melalui mandian shampoo berubat khas, secara semburan ubat kutu seprti frontline, ataupun ubat titis , ataupun rantai berubat "Flea collar" yang dipakaikan kepadanya untuk tempoh tertentu dan sebagainya.
Kedua>>PERSEKITARAN
Vacuum iaitu membersihkan secara keseluruhan di dalam rumah anda secara total dengan mengunakan "vacuum cleaner" beulang-ulang kali terutamanya tempat tinggalnya,sangkarnya,karpet,sofa,di bawah perabut/katil/dll,bantal,tilam, rak kasut, celah-celah/tepi/bucu dinding dan sebagainya.Vacuum adalah cara yang paling berkesan dalam proses ini iaitu tersedut ketika vakum karpet sebagai contoh, kerana ketika di peringkat "pupae stage" ianya bertukar menjadi "cocoon" iaitu kepompong adalah pelindung yang sangat kuat dan dapat melindunginya walaupun disembur dengan racun insecticide.Boleh juga mengunakan insecticide spray selepas vakuum di tempat yang sudah dibersihkan untuk penghapusan yang mungkin ada kutu-kutu.

"""Selalu membersihkan secara Vacuum ini secara tidak langsung menyedut kesemuanya termasuk kepompong,kutu serta juga telur-telurnya dan ini adalah langkah pencegahan yang paling berkesan"


Monday, May 13, 2013

Perjalanan jarak jauh dengan kucing

Persediaan adalah perkara utama untuk menghadapi perjalanan jarak jauh dengan kucing.kucing menjadi takut dan tertekan kepada kenderaan yang dinaikinya dalam jangkamasa yang lama disebabkan bunyi bising(samada dari kereta yang dinaikinya ataupun sebaliknya) Tekanan yang dihadapinya bukan saja semasa dalam perjalanan dan malah juga terbawa-bawa perasaan tertekan walaupun sudah sampai ke destinasi yang di bawanya.
Tidak digalakkan memegang/mendukung kucing semasa dalam perjalanan ketika memandu kerana kucing mudah bertindak agresif kerana tindakbalas kepada persekitaran terutamanya bunyi bising


Penyesuaian kepada Travel Box:
Sediakan travel box di rumah anda beberapa hari sebelum memulakan perjalanan dan cuba kurungkannya untuk seketika supaya kucing boleh meninjau , meneroka travel box dan membuatkannya rasa selamat.
Percubaan perjalanan:
Mencuba bawanya keluar untuk  beberapa kali menaiki kereta untuk jarak pendek di hari-hari sebelum sebelum memulakan perjalanan dengan kereta supaya ianya membiasakan dirinya dengan faktor persekitaran yang sentiasa berubah kerana pergerakan kereta.
 
Pemberian makanan
Memberi makan kucing anda kira-kira 3 hingga 4 jam sebelum anda bertolak kerana membolehkannya menghadam makanan yang dimakannya supaya kucing tidak termuntah semasa dalam perjalanan nanti.
Barangan kesukaannya
Letakkan seperti selimut/kain lapik/mainannya dll (barangan yang biasa digunakannya ketika di rumah) di dalam travel box bersama-samanya supaya kucing anda masih merasakan kesan bau sepertimana yang dirasai di rumah sebagai langkah untuk menenangkannya serta keselesaan.
Travel box di dalam kereta
Untuk mengelakkan kotak travel tidak terjatuh/terbalik ketika dalam perjalanan kereta sepertimana terjadi dari kesan brek/ berhenti tiba-tiba adalah disarankan kotak travel diikatkan dengan selamat samada tali pinggang keledar ataupun tali tambahan, jika boleh. Letakkan kotak travel ini di mana kucing anda boleh melihat anda untuk menenangkannya.
 
 

Berhenti rehat dalam perjalanan
Kucing anda keluar bermain sedikit semasa anda berhenti untuk rehat di R & R supaya ianya dapat meninjau tempat baru kerana kucing bersifat ingintahu serta dapat menghindarkannya tertekan kerana fikiran yang tertanya-tanya dengan tempat baru.Berikannya minum air.
Bukakan sedikit tingkap kereta jika meninggalkannya di dalam kereta untuk tempoh seketika tetapi jangan biarkan kucing berkeliaran kenderaan.Jangan biarkan kucing dalam kereta untuk tempoh yang lama kerana terutamanya di hari panas(seperti cuaca negara kita) kerana boleh sebabkannya dehydrate=kekeringan/hilang air badannya serta bertambah tertekan kepadanya.selalunya kucing akan bernafas laju seperti terjelir lidahnya jika ini terjadi.