Disertakan beberapa cara yang terbaik untuk membantunya:
Keguguran bulunya dalam dikawal sekiranya bulunya disikat selalu (setiap hari ketika keguguran)kerana ini membantunya menpercepatkan proses ini dan tinggal bulu yang baik sahaja.
Sikat bulu-bulunya secara perlahan-lahan dan dilakukan dalam masa yang singkat saja serta berhenti sekiranya kucing tidak berasa selesa.Tidak perlu dipaksanya kerana dilakukan setiap hari.
Kebaikan menyikat bulunya:
***Sekiranya kucing mengugurkan bulunya terlalu banyak sepanjang tahun secara berterusan kemungkinan kucing mengalami alergik kepada makanan ataupun kesan habuk dari persekitrannya*****
Sikat
- Kekerapan menyikatnya akan membuang semua bulu yang gugur serta mati
- Mengurangkan pembentukan "hairballs"terutamanya kucing yang berbulu panjang.
- Menjaga bulunya sentiasa lembut serta menghindarkan bulunya kusut.
- Menjalin perhubungan antara kita dan kucing
- Semasa menyikat juga boleh dikesan sebarang jangkitan kulitnya.
Mandi
Memandikannya juga dapat membantu mengatasi masalah keguguran bulunya
Kucing berbulu separa panjang seperti Maine coon perlu dimandikan dengan kekerapan setiap 2 minggu.
Kucing berbulu panjang seperti Persian perlu dimandikan setiap minggu dan mukanya perlu dicuci sekurang-kurangnya sehari sekali.
Pemakanan
Faktor makanannya juga menyumbang kepada keguguran bulunya.Pemberian makanan premium yang mengandungi zat yang membantu penjagaan bulunya adalah yang terbaik.
Makanan yang mengandungi omega-3 fatty acids adalah bersesuaian kerana ianya membantu menguatkan bulunya.Antara produk yang terdapat di pasaran adalah brewer yeast berbentuk pil dan codliver oil.
shampoo apa yang bagus untuk kucing?Coz kucing saya bulu banyak gugur...
ReplyDeletemeh ler tengok kucing saya kat
ReplyDeletehttp://profzoro.blogspot.com/
Tgkgamj
DeleteKucing parsi semi flat face dari baka apa ye?
Delete2nd or 3rd or ....dri persian highnose
ReplyDelete