Wednesday, October 6, 2010

Penjagaan Ibu Kucing Selepas Bersalin

Penjagaan bagi ibu kucing selepas bersalin adalah amat penting kerana faktor kesihatannya boleh mengugat kesihatan anak-anaknya yang disusuinya.

Selepas bersalin ibu kucing(jam pertama):
Ibu kucing akan mengeluarkan darah (macam nifas) yang dikenali sebagai "lochia" yang berwarna merah kehitaman untuk beberapa hari.Langkah yang akan diambilnya adalah:


Ianya akan membuang uri & tali pusat anaknya.
Bernafas kencang serta mulai "grooming" anak-anaknya.
Mulai menyusui anak-anaknya.

Selepas bersalin ibu kucing(1 minggu): 
Digalakan agar ibu kucing dan anaknya dibawa ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan.Sekiranya ibunya belum lagi mengambil sebarang vaksin dan inilah masa yang sesuai baginya untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit kepada anak-anaknya.


Selepas bersalin ibu kucing(1-2 minggu):
Jauhinya dari kucing jantan kerana memang sudah jadi kelaziman bagi kucing yang sudah pernah beranak akan mengawan kembali.Ini selalunya berlaku selepas 1-2 minggu selepas bersalin.
Sekiranya ianya mengawan kembali, ianya tidak akan hiraukan anak-anaknya dan penjagaannya terhadap anak-anaknya semakin kurang.




                              Mimi selepas 15 minggu bersalin

Selepas bersalin ibu kucing(13 minggu): 
Pemandulan ataupun "Spay" untuk ibu kucing adalah selepas 13 minggu bersalin.
Langkah ini adalah elok dibuat untuk mengelakkannya mengandung kembali kerana kekerapannya mengandung akan bertambah risiko untuk mendapat kanser payudara"breast cancer" dan "pyometria"iaitu jangkitan rahim yang boleh membawa maut.

93 comments:

  1. Terima kasih juga untuk info berguna ini

    ReplyDelete
  2. Bl nk mandulkn slps 3 bkn lahirkn ank, adakah ibu kcg msh blh keluarkn susu?

    ReplyDelete
  3. Kucing saya beranak selang 3 hari.. anak pertama mati. Selang 3 hari beranak lagi 2 ekor.adakah normal?

    ReplyDelete
  4. Bolehkah ibu kucing dimandikan selepas beranak.

    ReplyDelete
  5. Bolehkah ibu kucing dimandikan selepas beranak.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Mcm mna nk jauhkan dri kucing jntan,sya bela kucing dlm rmh, slps 2 minggu saja asyik meow² nk kluar, pagi sampai mlm, kalau kurung lagi dia meow²

      Delete
  7. Salam....
    Saya nk tanya,kucing saya berumur 4-5 bulan tapi dia ada perangai yg sama seperti mahu beranak,jika dia betul bunting,selamat ker dia nk melahir kn ank2 nya??

    ReplyDelete
  8. Salam. Nak tanya, ade makanan yg kucing tak boleh makan selepas bersalin?

    ReplyDelete
  9. bila ms yg sesuai utk mandikan ibu kucing setelah melahirkan? sebulan?

    ReplyDelete
  10. Nk tanya wet food or dry food sesuai utk ibu kucing baru bersalin?sbb ad anak kucing lain jd sy bg ibu kucing pn makan dry kitten food jenama cat eye dn frieskies..nk bg dia xtgglkn anak dia mcm mana..1st time kucing beranak..perlukan sedikit info..tq

    ReplyDelete
  11. Nk tanya wet food or dry food sesuai utk ibu kucing baru bersalin?sbb ad anak kucing lain jd sy bg ibu kucing pn makan dry kitten food jenama cat eye dn frieskies..nk bg dia xtgglkn anak dia mcm mana..1st time kucing beranak..perlukan sedikit info..tq

    ReplyDelete
  12. wetfood paling sesuai kerana mudah hadam serta berair

    ReplyDelete
  13. Nak tnya, kenapa lepas beranak, kucing sya menggeletar seluruh badan? Dan dlm perut kucing sya masih ada anak lgi. Normal kah?

    ReplyDelete
  14. Salam. Nak tanye . kenapa ek kucing sy lpas branak trus jadi kurus kering . adakah ini normal,???

    ReplyDelete
  15. wasalam..ya ibu kucing mudah jadi kurus selpas beranak kerana pembentukan susu dan perlu makn mkanan yg byk zat sperti high premium catfood.perkara ni ambilmasa utk kembali kpda normal weight.

    ReplyDelete
  16. Assalam..sy meletakkan ibu kucing dan anknye di dlm sangkar..tapi knp ibu kucing tu nk bawak ank dia lari
    #kucing utara

    ReplyDelete
  17. sebbnya ibukucing sentiasa akan sembunyikan anak2nya yg kecil dan selagi tempat/sarang anak2nya masih terdedah selagi itulah ianya akan sentiasa memindahkannya

    ReplyDelete
  18. Assalam. Nak tanya. Kucing saya baru lepas beranak semalam. Dua ekor. 1 mati. 1 survive. Tapi kenapa ibunya mcm buat tak endah je pada anaknya? Tak susukan anak dia. Tak bersih2 kan anak dia. Dia buat taktahuuuuu je. Kenapaaa ��

    ReplyDelete
  19. wasalam..besar kemngkinan anak yg selamat dilhirkan tu pun bermasalah sbb tu ibunya xpeduliknnya

    ReplyDelete
  20. Apa kesannya pada ibu kucing kalau ank2 kucing dah tak menyusu ibunya?usia ank2 kucing br sebulan lebih..

    ReplyDelete
  21. xda masalah kerana putussusu dn mereka sudah boleh mkn sendiri

    ReplyDelete
  22. Boleh ka kucing di mandi kan selepas bersalin? sebab kucing sy semasa bersalin dia terceret dan skrg sgt busuk dan kotor apa patut saya lakukan. kerna ramai mngata kan kucing yg lepas bersalin x blh mandi.urgent need ur help.

    ReplyDelete
  23. Boleh tapi jangan guna syampoo yang berchemical kerana ank2nya akn keracunan jika terhisap semasa susuan badan

    ReplyDelete
  24. Assalam, takpe ker mandulkan kucing?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,kenapa kucing saya lps bersalin dia tak nk makan?jadi nak bg makan apa?

    ReplyDelete
  26. waalaikumusalam,,,ibukucing kurang/tidak makn selepas bersalin & lebih tumpukn kepda hal anak2nya terlbih dulu .lagipun ianya baru selesai proses bersalin dan agak keltihan..yg penting masa ni perlu byk minum

    ReplyDelete
  27. Kalau ibu kucing tu lepas bersalin boleh tak letak air atau susu untuk dia dapatkan tenaga balik?

    ReplyDelete
  28. sediakan air & makanan high premium utknya ttapi susu tidak digalakkan kerana boleh sebabkannya cirit

    ReplyDelete
  29. Salam,sy nak tanya. Kucing sy baru 3 hari beranak dan dia x berak. Hanya kencing je. Adakah normal atau sy kena bawa dia ke vet.Lagi satu, sy bg dia rc mother and baby cat, boleh tak kalau saya campur dengan evo sikit? TQ

    ReplyDelete
  30. wasalam..normal dan cara makann tu xda masalah

    ReplyDelete
  31. Kucing saya kerap brnafas lpas beranak..normal ker tu?perut dia turun dan naik dgn cpat

    ReplyDelete
  32. Slm..kucing saya bernafas laju selepas bersalin dan semasa menyusu anak2nya...adakah keadaan itu normal..risau...seharian dia x rehat

    ReplyDelete
  33. sementara saja begini sebab keletihan melahirkan

    ReplyDelete
  34. Salam nak tanya. Kucing saya beranak dalam kotak dan saya nk pindahkan die dlm sangkar. Ttp bile saya nak angkat die je die marah. So mcm mna saya nak alihkan dia dr kotak.? X kan nk bia dia tggl dkt kotak tu je. Kotk tu pon dh hancur sbb basah. Bole bg cadangan x?

    ReplyDelete
  35. salam..letakkan kotak baru dalam sngkar dan tutup sngkar tu dengan kain utk meredupkannya(ibu kucing terdesak pindahkn anaknya jika terletak ditempat sibuk/terang sbb tu tempat selesanya bawah katil).Sediakn maknn secukupnya utknya dn awak hanya perlu perhatikan sja dan cuma perlu utk top up mkanan/air dan baung najisnya dan biarkannya sendiri bersama anaknya sehingga 2 minggu +++

    ReplyDelete
  36. Assalam.. hi.. kucing saya baru beranak.. tp kesemua anaknya mati.. 5 ekor.. ambil masa selama 1 hari.. masalahnya.. kucing saya jd agak murung .. mcm sakit.. ape perlu saya buat.. terima kasih..

    ReplyDelete
  37. Assalam.. kucing saya baru beranak.. 5 ekor.. tp kesemuanya mati.. masalahnya sekarang keadaan ibu nampak mcm murung.. kurang mkn dan minum.. statik duduk diam..badan pun kurang dibersihkan.. apa yg perlu saya buat selain dr check up klinik..

    ReplyDelete
  38. Kucing sy beranak dlm litter box...bila saya boleh pindahkan dia dan anak2nya....baru saja beranak tadi

    ReplyDelete
  39. boleh xda masalah jika nak ubahkan ke tempat yg lebih baik

    ReplyDelete
  40. Salam nak tanya sikit kenapa anak kucing saya kerap tido dan kurang minum susu ibunya. ..Mintak penjelasan tq

    ReplyDelete
  41. wasalam...normal bagi anak kucing tidur banyak untuk tumbesarannya dan umumnya mereka tidur 14-16jam sehari

    ReplyDelete
  42. Salam. Hi kucing utara. Kucing sy dah bnyk kali beranak. Ni kali ke 3-4 dia beranak. Tp kali ni 1st time ank dia mati seekor. (Beranak 3) skrg ni dia mcm sakit. Nak bernafas pun ssh. Hidung dia mcm selsema dan seperti sakit ms nak telan air liur. Mkn dan minum pun taknak. Kenapa ye? Harini hari ke 9 dia bersalin. Thanks in advance.

    ReplyDelete
  43. Wasalam..Rasanya kucing ni diserang/jangkiti virus sebab tu simptom2 yg ditunjukkannya dan hal beranak tu tiada kaitan dengan apa yg dialaminya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas responces. Alhamdulillah kucing sy dah ok sikit. Harini dia dah start minum dan mkn. Mandi diri sndiri n ank dia. Tp lg sekor ank dia mcm tak bermaya. Hrp baby tu kuat...

      Delete
  44. hi nak tanye..kucing sy.. baru beranak 3 hari..dia masih blom berak n makan sikit.. adakah normal atau ade masalah ye

    ReplyDelete
  45. xda masalah secara umumnya kerana sebelum bersalin si ibu kucing kurang mkn.

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum...kucing sy baru lepas beranak anak nya mati dkt punggung mcm ada terkeluar isi camne nk buat yer

    ReplyDelete
  47. Wasallam..perlu bantu keluarkannya

    ReplyDelete
  48. uh...mcm mn tue....sy seriau tgk nye...kalau mcm tue kena bwk g klinik haiwan la yer ..

    ReplyDelete
  49. Kucing saya baru sebulan melahirkan anak..bila check buluya banyak kutu dan hama, bagaimana nak atasi jika ibu kucing tidak boleh mandi

    ReplyDelete
  50. gunakan ubat titis ataupun ubat spray kutu seperti frontline..

    ReplyDelete
  51. Kucing biasanya lahirkan anak bpe ekor,?dlm bilangan ganjil ke

    ReplyDelete
  52. Salam
    Kucing saya tak sampai sebulan lagi lepas beranak dan boleh tak kalau saya nak mandulkan kucing saya tu sbb kucing saya baru lepas mengawan? Tq

    ReplyDelete
  53. Salam kemungkinan besar utk kucing saya bunting selepas mengawan besar tak walaupon dia tak lebih sebulan lagi baru lepas mengandong? Dan lagi satu kalau saya pergi ambil ubat cegah mengandung dan bagi makan kat kucing saya boleh tak?

    ReplyDelete
  54. salam...boleh dimandulkan selepas sebulan jika tidak menyusu anaknya lagi.sebaiknya jika masih menyusu , tunggu selepas putussusu.ubat cegah hamil tidak digalakkn...

    ReplyDelete
  55. Salm..mhon pnjelasan.. Kucing saya bawu mlm smlm branak..tapi kelakuan nya bebeza jadi pndiam..blm kencing.. Blm berak.. Xmau makan.. Saya jadi pelik kelakuan dia lpas bsalin.. Normal ke cmtu..

    ReplyDelete
  56. Kucing sy baru beranak semalam. Ada 4 ekor semuanya. Kira first baby lagi ni. Normal k jika ada darah yg keluar sedikit dpd salur beranak nya tu? Meskipun hari ni dh masuk hari kedua

    ReplyDelete
  57. Salam Kucing Utara...boleh saya tahu brand shampoo kucing apa yang selamat untuk mandikan ibu kucing yang baru beranak...risau takut bahayakan anak kucing

    ReplyDelete
  58. kucing sy beranak dah 2 kali.. tapi anaknye x pernah hidup.. dalam sebulan macam tu, kebanyakannye sakit saraf, tangan dan kaki kekejangan.. tahu x macam mane nak mencegah penyakit ni dari terjadi?

    ReplyDelete
  59. Salam.. Kucing saya da 6 hari melahir kan anak tp kenapa adakalanya semasa dia myusui dia bernafas melalui mulut? Seperi tcungap2 kepenatan.

    ReplyDelete
  60. Salam.. Kucing saya dah beranak hampir seminggu lalu. Adakah normal semasa myusui anaknya dia bnafas melalui mulut? Seakan tercungap2 kepenatan. Adakah itu normal atau berbahaya?

    ReplyDelete
  61. Salam..
    Kucing sy br beranak, anak dia seekor jer.. tp dia xnak susukan dan xlayan anak.. skrg ni sy yg bg susu menggunakan botol setiap 2/3 jam skali.. sy bekerja, jd blh share x apa yg harus dibuat dlm tempoh sy meninggalkan dia untuk keluar kerja.. td sy ada ikatkan botol susu dkt dgn pouch warmer dgn harapan dia blh hisap..

    ReplyDelete
  62. wasalam...anak kucing baru lahir masih lagi perlu bantuan susuan ..mengharapkannya hisap susu sendiri agak sukar.

    ReplyDelete
  63. As salam..saya nak tanya..kucing saya bru beranak pagi tadi dan nie yg ke-2..tp tadi si ibu pegi gigit leher anak jantan dia yg 1st beranak dlu..kenapa yer??

    ReplyDelete
  64. hai. kucing saya sejak 2-3 hari ini kurang berselera untuk makan & minum. agak lemah berjalan. skrg dia mengandung. adakah itu tanda dia mahu beranak? tp setahu saya dia mula pregnant dlm awal bulan 10.

    ReplyDelete
  65. ya.. bila kucing sudah hampir bersalin ianya kurang makan.

    ReplyDelete
  66. kucing sya branak dh dua mngu .. hari ad kluar darah dan air...sblum nie xdak

    ReplyDelete
  67. ni berkemungkinan masalah parasit/cacing ususnya.

    ReplyDelete
  68. Makanan yg sesuai utk miaw lepas beranak & menyusukan anak2 4 ekor. bru beranak jam 12 mlm lepas.

    ReplyDelete
  69. petua kami adalah berikan si ibu makanan kitten sbb bayk nutrient.

    ReplyDelete
  70. Assalam ,hm ibu kucing kalau garu garu ni ,boleh mengancam anak kucing ke?

    ReplyDelete
  71. Salam, kucing beranak 4 dlm pkul 230pm. Sejam selepas tu perasan bdn dia teketar2/menggigil ketara smpai skrg 2am. Lidah keluar mcm anjing. Keadaan xlemah. Kenapa ye? First time family jaga kucing. Terima kasih jawapannya :)

    ReplyDelete
  72. tercunggap2 selepas bersalin adalah kebiasaan kerana keletihan.

    ReplyDelete
  73. Kucing sy masa mengandung n beranak bulu belah belakang berdekatan dgn ekor semakin nipis..kenape yer

    ReplyDelete
  74. Kenapa bulu kucing sy selps beranak berubah? Bulu bhgian ekornye luruh, xkembng spt biase. Bgaimana cara utk kembalikan spt biase

    ReplyDelete
  75. Salam...kucing sya baru kematian anak dia yv brub lahir 3 hari lps...skrg ni dia asyik cari anak dia...mcm mna nak buat?

    ReplyDelete
  76. wasalam..dia xsedar yg anaknya sudah mati.Ini akan ambilmasa utknya .

    ReplyDelete
  77. kiranya kucing br lps beranak, kene kurung dlm rumah supaya xmgawan lagi sblm di spay?

    ReplyDelete
  78. As'salam..
    Nak tnya, kucing yg baru branak, bole tak di mandulkan cara tridisional, sprti beri mkn yis.. Takda efek ke pda baby kucing..

    ReplyDelete
  79. Hi nak tanya.
    Ibu kucing baru sebulan melahirkan anak. Bilakah waktu yg sesuai untuk di vaksin bagi si ibu dan anak anaknya?

    ReplyDelete
  80. sebaiknya selepas putus susu dan anggaran selepas 2-3 bulan.

    ReplyDelete
  81. Adakah kucing perlu diusap2 selepas melahirkan.kelihatan ia mngiau2 dan menggesel2kn bdnnya pada kaki kami.selepas diusap2 dia mcm lega dan saya msukkn ia ke dlm kotak..matikn lmpu.

    ReplyDelete
  82. Kucing saya baru lepas beranak.Dia pandai urus ank2nya..dah bersih dan mentusukan ank2nya.Adakah ibu kucing perlukan perhatian seperti mau diusap2/diurut badannya sebb dia menggesel2 pada kami.Bila diusap2 kepala dan badannya ibu kucing pula meregang2kan kaki depannya dgn paw yg mngembang seperti mengurut2 dilantai.

    ReplyDelete
  83. ini memngurangkan stress kepada si ibu..maklum dlm keletihan lepas bersalin..

    ReplyDelete
  84. Kucing saya baru melahirkan 2 hari yang lepas, hidungnya selalu basah. Adakah itu biasa sebab selalu menjilat anaknya ataupun itu tanda tanda kucing demam? Perlukah saya bawa ke vet sebab sekarang anak anak belum putus susu?

    ReplyDelete
  85. Hidung selalu basah tu tida masalah,, jika beringus dan bersin ada masalah jangkitan

    ReplyDelete