Friday, December 24, 2010

Kucing Sakit Perut

Jika kucing mengalami sakit perut ianya akan mengalami cirit-birit, muntah ataupun kekadang tu menjadi sembelit(sukar membuang air besar).Keadaan ini terjadi disebabkan beberapa faktor dan antaranya kerana susu yang diminumnya(mudah terjadi kepada anak kucing), makanan yang dimakannya,bebola rambut(hairball) tersumbat & terkumpul di dalam ususnya.Penyakit yang dihadapinya juga  membuatkannya sakit perut seperti gangguan usus,kerosakan buah pinggang dan juga kanser.
Petua kali ini adalah berkaitan dengan pemakanannya yang menyebabkan kucing sakit perut dan sebagai rawatan di rumah

1) Puasa-Bila sakit perut , keadaan perut dan bahagian saluran pengkumuhannya sudah "letih" menjalankan tugasnya yang terlalu kerap.Dengan sebab itulah, perutnya perlu direhatkan iaitu dengan membiarkan kucing "berpuasa" untuk selama 12 ke 24 jam pertama.
***Secara semulajadi,kucing sebenarnya tidak akan makan jika ianya sakit perut dengan sendirinya***
2) Air- Air adalah penting baginya untuk diminum kerana dengan cirit & muntah badannya kehilangan air yang banyak.Penyediaan air penting baginya kerana ia akan minum untuk mengantikan air yang hilang.
***Jika kucing tidak minum langsung semasa "berpuasa" ini ,ditakuti ia mengalami dehydration", rawatan segera diperlukan***

3)Masak & buat sendiri makanan kucing-
Selepas 12- 24 jam berilah kucing makan makanan yang kita masak khas untuknya untuk mengembalikan keadaan perutnya ke normal.Masakan ini mudah saja, nasi yang direbus dengan daging ayam (buangkan tulang & kulit ayam).Jumlah nasi perlu lebih banyak dari daging ayam.
Berikannya makan sikit-sikit sepanjang hari sehingga tiada lagi muntah & cirit-birit serta "poo"nya menjadi pejal sikit.Selalunya dalam masa 3 - 4 hari untuk "recovery" ataupun pemulihannya.Setelah normal kembali, barulah diberikan makanan yang biasa dimakannya.

***Petua ini sebagai garispanduan saja, tindakbalas kucing mungkin berbeza dan tidak dapat membantu kepada kucing yang sakit perut kerana penyakit, jika masih tiada kesan langsung selepas dirawat sendiri perlulah dapat perhatian dari Vet***

5 comments:

  1. wah, thanks...info berguna ni..
    dlu mimo pernah cirit2, tp slera mkn dia ok je...hihi

    ReplyDelete
  2. bagos la aq jmpa page ni...kucing aq tgh sakit perot dah 2 hari ni

    ReplyDelete
  3. kucing saya allergic dgn antibiotic. setiap kali doktor bagi antibiotik (1st: sebab gingivitis, 2nd: sebab spaying) menyebabkan dia cirit-birit (berak cair 3 kali sehari). doktor kata perut dia sensitif. so next time mmg kena elakkan bagi dia antibiotik...

    ReplyDelete
  4. Anak kucing berusia 6 bln kesakitan apabila disentuh atau dipegang perutnya...apa masalahnya tu..

    ReplyDelete
  5. Sy berasa kasihan,dgn kucing sya... Cirit birit selalu.. Kadang xsempat berlari pergi tandas nak berak...

    ReplyDelete