Air adalah menjadi keperluan untuk semua hidupan tidak terkecuali juga bagi kucing dan kucing perlu meminum air yang agak banyak juga untuk mengawal serta elakkan kekeringan "dehydrat".Lagipun cuaca di negara kita agak panas bagi sesetengah kucing ,terutamanya kucing yang jenis longhair...
Di atas sebab inilah terdapat di pasaran botol air yang di buat untuk kucing yang sama fungsi serta konsepnya seperti botol air untuk hamster.
Di atas sebab inilah terdapat di pasaran botol air yang di buat untuk kucing yang sama fungsi serta konsepnya seperti botol air untuk hamster.
Gambar diatas terpapar botol air yang dikuncikan di sangkar kucing dan menggunakan bebola dihujung batangnya.Kucing perlu menjilatnya seperti "hamster" untuk meminum air.Kelebihannya adalah boleh menggunakan botol air mineral sebagai takungan air tidak seperti botol air hamster.
Apakah botol air ini bersesuaian untuk kucing?.Kucing agak sukar membiasakan dirinya meminum air terus dari bebola ini kerana kucing lebih terdorong kepada air takungan dan lebih selesa meminumnya dari takungan air secara lawanan "graviti" seperti tertulis dalam entri sebelum ini.Kucing tidak akan tahu yang botol air ini memberinya air berbeza dengan air pili yang mengalir..kerana secara fizikal ia tahu & nampak air.
Apa yang perlu dibuat?? Kena latihnya meminum dari botol air ini ,kalau harapkannya buat sendiri ,mungkin tidak akan berlaku secara sendirinya.Melalui latihan saja kucing akan tahu botol ini memberinya air.
Botol air sebegini adalah baik digunakan sebagai sumber air kepadanya jika kita tinggalkannya agak lama seperti keluar "out station".
***Setiap produk yang dihasilkan tentu ada "pro & cons" nya, melalui pengalaman botol air ini tidak begitu bersesuaian untuk kucing walaupun kebaikannya dapat mengelakkan masalah air yang disediakan mungkin kering,kotor ataupun tertumpah***
wahh..kucing....
ReplyDelete