Membuat pilihan makanan kucing juga agak membingungkan kerana ada yang kata brand ni lebih baik dari brand tu dan sebagainya..Yang utamanya terletak kepada kucing kita sendiri dan zat yang diperlukan oleh setiap kucing.Tidak semestinya kucing A makan brand X menjadi sihat serta gebu & gempal, boleh terjadi kepada kucing kita pula....
Tips ini mungkin dapat membantu dalam membuat pilihan makanan kucing:Langkah pertama yang perlu dibuat adalah "Periksa Label"bungkusan makanannya sebelum beli
Setiap bungkusan makanan kucing yang dijual di pasaran mempunyai label yang menyatakan kandungan makanan kucing dan disenaraikan di sini adalah jenis-jenis zat/kandungan makanan yang selalunya tertulis di label bungkusan/karung makanan kucing
1) MEAT- ini bermaksud daging sebenar yang diproses dari sumber daging selalunya dari ayam,ayam turkey dan juga daging lembu/kambing.
Kaya sumber daging
2) MEAT by Products-ini pula bermaksud sumber daging yang BUKANnya dari sumber utama daging ,iaitu daging utamanya di proses untuk produk lain dan saki-bakinya diproses untuk makanan kucing.Saki-baki ini adalah seperti usus, perut,darah,hati,hempedu,lemak daging,tulang,peparu,buah pinggang dan sebagainya ataupun dalam kata lain lebihan daging yang tidak boleh digunakan lagi.
Kurang sumber protein
3) Fish Meal: Sumber berasaskan ikan samada keseluruhan ikan ataupun daging ikan yang sudah diasingkan.
4) Poultry By Products-Ini pula berkaitan daging ayam/burung/itik tetapi juga baki bahagian yang tidak boleh lagi digunakan seperti kepala,kaki dan organ dalam(jantung,usus,tali perut,hati,)
Kurang sumber protein
5) Corn Gluten Meal: Adalah sisa-sisa jagung yang terhasil selepas pemprosesan produk jagung seperti sirap jagung.Sisa jagung dikeringkan dan dihasilkan untuk makanan ternakan.
Kurang sumber karbohidrat
6) Ground Corn:Jagung yang diproses terus untuk hasilkan makanan ternakan (kucing)
Sumber karbohidrat
7) Rice ataupun Browned rice: Baki dari ketika proses pengasingan "grade" beras di kilang beras selalunya saiz beras yang kecil akan tertapis keluar dan ini digunakan dalam proses makanan ternakan juga.
Sumber karbohidrat
8) Soybean Meal:Sama konsep dengan "meal by product" iaitu saki-baki soya dalam proses pembuatan minyak soya ataupun produk soya.
9) BHA: Butylated Hydroxy Anisole iaitu bahan awet lemak
10) Tocopherols:juga sejenis bahan awet yang semulajadi "natural" (contohnya Vitamin E)
11) Ethoxyquin: sejenis bahan awet untuk mengelak makanan rosak.
**Makanan yang murah tidak semestinya murah kerana kurangnya kandungan zat yang diperlukan kucing(contohnya:protein) kucing akan makan lebih banyak.
**Makanan yang mahal seperti premium catfood tidak semestinya baik untuk kucing kita kerana kehendak kucing adalah berbeza antara satu sama lain,contohnya ada kucing yang perlukan protein & lemak yang tinggi berbanding lainnya dan ada kucing yang sebaliknya pula kehendaknya.
**Kucing kita hanya mahukan makanan yang berkualiti(iaitu kandungan yg diperlukan) bukannya pada brand ataupun "premium food" kerana ada terdapat produk yang premium pun masih gunakan "meat by products".Apa-apapun semua jawapannya tertera di labelnya untuk membuat penilaian.
***Jangan terlalu kerap tukar brand catfood untuk kucing kerana ia akan hilang seleranya..ambil masa untuk menukarkannya.
TIPS: Semuanya bergantung kepada kehendak kucing itu sendiri dan label pada makanan kucing menceritakan perkara sebenar...Membeli repack catfood tu kena hati-hati kerana tiada label padanya.
cntiknye kucing!
ReplyDeleteKucing ni Persian semi flatface..namanya MiMi..
ReplyDeleteyup setuju!
ReplyDeleteKalau makanan terlalu tinggi Protein betul ke boleh menyebabkan panas dalam badan kucing hingga boleh demam?
ReplyDelete