Saturday, February 19, 2011

Anak Kucing-3 minggu

Anak kucing bila sudah berumur 3 minggu menampilkan dirinya seperti bayi kita yang berumur 1 1/2 tahun dan masih lagi bergantung hidup dari ibunya untuk penyusuan.Seperti bayi juga ianya akan "menangis" meminta-minta perhatian dari ibunya terutama sekali jika terpisah jauh sedikit.


Tumbesaran ketika berumur 3 minggu:
~Gigi susunya sudah mulai tumbuh dan boleh dilihat ada antara mereka yang akan muali cuba memakan makanan pejal(kibble food) dari mangkuk makanan ibunya tetapi belum lagi bersedia memakannya.
~Matanya sudah pun terbuka sepenuhnya tetapi masih lagi kabur penglihatannya ..jika tidak terbuka sepenuhnya ketika ini perlu diberi rawatan dari Vet.
~Sudah boleh berdiri menggunakan ke-empat empat kaki secaraseimbang dan mulai boleh berjalan "bertaktih" macam bayi berumur 1 tahun tapi boleh berlari sepenuhnya.


~Telinganya terbuka dan berfungsi sepenuhnya serta mulai merasai bunyian di sekelilingnya.Juga mulai memberi tindakbalas kepada bunyi dan akan cuba memahami punca bunyian.
~Secara asasnya anak kucing sudah mempunyai beberapa asas fizikal(telinga,mata dan 4 kakinya sudah berfungsi) untuknya menjelajah tempat baru dan juga yang aktif sudah mula bermain-main dengan kembar-kembarnya.

***Ketika berumur 3 minggu ,anak-anak kucing sudah mulai menunjukkan sikap hendak ber"sosial" dengan kembar-kembarnya dan inilah masa yang sesuai untuk kita mulai mengambil-bermain,memegangnya untuk seketika dengan lebih kerap.Anak kucing akan mulai kenali kita semasa ianya membesar dan dapat mengelakannya rasa takut kepada kehadiran manusia***

No comments:

Post a Comment