Tuesday, February 8, 2011

Petua menjaga kucing di hari panas

Beberapa hari kebelakangan ini cuaca cukup panas di kawasan utara dan kita sendiri tidak tahan dengan kepanasan sehari-hari terutamanya di waktu tengahari sehingga awal petang.Bahangnya amat panas dan pedih sekali.Kucing juga merasa tidak selasa ketika keadaan panas sebegini terutamanya kucing berbulu lebat & panjang.Bulu-bulunya akan gugur untuk mengurangkan kepanasan kerana boleh menyebabkannya kekeringan.Ini kerana kucing tidak boleh berpeluh seperti kita.

Gelagat Reza yang tidur memanjang ketika cuaca terlalu panas....sangat suka bermain dengan ais kiubnya sehingga cair

Apa yang patut dibuat:
1) Jangan biarkannya berkeliaran di luar rumah kerana kepanasan akan boleh membuatkannya kekeringan air ,malah juga boleh mengundang barah kulit.
2) Sediakan air sebanyak yang mungkin dan sentiasa bersih
3) Berikannya bermain-main dengan ais kiub ,tentu dia akan seronok bila bermain sambil menjilat-jilat ais.

Anak kucing tertidur tidak sedarkan dirinya ketika hari panas....bermacam-macam gelagat cara mereka tidur....
Anak kucing tidak menjadi masalah bagi mereka kerana sentiasa dijilat-jilat ibunya serta akan lebih kerap meminum susu dan apa yang penting adalah penjagaan ibunya yang perlukan air secukupknya dan akan minum air sekerap yang mungkin.

***Bagi kucing-kucing utara ,bila menghadapi keadaan cuaca panas sebegini ,sudah pasti akan membuka Air-Con untuk mereka beberapa jam supaya mengurangkan kepanasan serta mengurangkan keguguran*** bulu-bulunya.

4 comments:

  1. oh bg main ais kube yer...nnti nak try

    tp kat rmh ada spoloh hekor, kalo bagi semua harus banjir rmh tu nnti hehee....

    ReplyDelete
  2. sya pun ada 15 ekor...X semestinya semuanya suke bermain dgn ais ni..yg pasti Reza & Laila kucing saya tu mmg suka..ini mungkin umur mereka masih muda 6bln...bebudak mmg suka main...

    ReplyDelete
  3. kat rumah ada 3 kucing je tapi bulu tebal. skrg memang panas gila kesian tgk kucing2. kalau bawak masuk bilik ada air cond mmg tido je memanjang.

    haritu sebab panas sangat agaknya meleleh2 air liur dia. tak sampai hati letak kat luar terus bawak masuk letak kat tempat aircond

    anyway, nice blog :)

    ReplyDelete
  4. Thanks>>i.l.y.a mmng pun kalau letak dlm air-cond ...boleh tidur la mreka ni berjam2...

    ReplyDelete