Sunday, March 27, 2011

Anak Kucing berumur 2 bulan

Ketika anak kucing mencapai umurnya 8 minggu ataupun 2 bulan ianya sudah pun menjalani perubahan secara semulajadi dari alam bayi kepada alam budak (kanak-kanak) dan lebih cenderung kepada sifat berdikari serta kurang lagi bergantung kepada ibunya.Lebih banyak bermain macam kanak-kanak kita juga serta tunjukan kenakalannya.


Perkara yang dilakukannya sendiri:
> Putus susu"weaning"- secara umumnya sudah putus susu 
> Memakan sendiri- Sudah pandai memakan makanannya sendiri dan disebabkan perutnya masih kecil anak kucing akan makan lebih kerap dan perlu dihidangkannya selalu.Pemberian pemilihan jenis makanan samada "wetfood" atau "dryfood" adalah penting ketika ini kerana anak kucing akan membiasakan dirinya.Contohnya, jika diberikannya wetfood ianya akan terus memakannya sehingga dewasa dan sukar ditukarkan kepada dry food.


>Tandas-anak kucing sudah pandai menggunakan kotak pasirnya dengan sendiri secara nalurinya akan menimbuskan najisnya sendiri.
>Bermain- Ini adalah perkara yang dilakukannya seharian kerana dalam pembelajaran dalam hidupnya seperti memburu.Anak kucing akan mula bermain bermacam cara sebagai menambah ilmu dalam pemburuan.
>Mencakar(Scratching) - Masa ini juga paling penting untuk diperkenalkan kepadanya "scratching post/pad" kerana ianya sudah mula mencakar-cakar dan adalah terbaik jika dilatihkannya dengan "scratching post".

>"Petting"-Masa ini juga adalah sesuai untuk kita bermain,bermanja,membelainya dan sebagainya dan dalam erti kata yang lain "petting" kerana anak kucing akan mula menerima kehadiran manusia serta mengenali kita.
>Mandi- Semasa umurnya 2 bulan sudah boleh dimandikannya jika perlu seperti untuk shampookannya kerana kutu ataupun kulat tetapi tidak digalakkan jika tiada sebab tertentu kerana ianya masih lgi belum kuat dari sistem dayatahan terhadap kesejukan.

***Usia anak kucing ketika ini adalah yang paling penting dalam hidupnya dalam pembentukan sifat/perangainya terhadap kita dan jika campurtangan kita seawal ini seperti selalu bermain,melatihnya ,"petting" dan sebagainya akan membuatkannya akan membiasakan diri dengan kehadiran kita dan jadi manja.
***Umur sebegini juga penting jika kita hendak mengambil anak kucing sebagai haiwan kesayangan kerana sudah boleh dipisahkan dari ibunya dan mula mengenali kita walaupun kita adalah tuan barunya.

8 comments:

  1. Dapat kat anak gua....mau "tercekik" kucing2 nih...hehehe

    ReplyDelete
  2. u kucing i kan kucing jenis persian tu tau.i jumpe die kat flat umah i..so die ni kirenye terbiar tau, then die tak tau cane na buang tahi kat tmpt pasir tu, cane i na ajar ek??sbb i ni bz keje..erm ?

    ReplyDelete
  3. mula2 tu mmgn susah sikit nk laith sbb dia dh biasa buang kat luar...cara ni mngkin boleh tolong..kurung kucing U dlm sngkar kucing bersama2 kotak pasirnya..serta juga makanannya..lama2 dia secara instinct nya kan gunakannya

    ReplyDelete
  4. patut la kucing sy mati....xblh mandi sbln umo 2 bulan.xth plk.....huk3

    ReplyDelete
  5. kucing sy pun lebih kureng 2 nk ke 3 bln..baru tau sebb bwk g klinik tok vaksin..mula2 jmpe kt rumah kesian kurus kering merempat..tp bulu cantek sgt...msalahnye die sukeee sgtt jilat jari sy dan nk gigit..cara die tu mcm jari sy tu sekor ikan..nk gigit tok mkn...cmne erk? nk ckp xbg mkn..siap bg sardin lg...

    ReplyDelete
  6. bkn...dia nk mkn jari awak tu..cuma dia ni msih kecil lgi..secara semulajadinya ketika berumur gni..kitten akan blajar memburu..gitu..jdi caranya bermain agak kasar dn suka gigit....tmbahan pula jika kucing awk ni sekor sja..dia tiada tmen bermain buru...

    ReplyDelete
  7. Maaf saya nak bertanya
    Kucing saya nak masuk 2 bulan,tapi ibu dia dah x derr,macam mna nak ganti susu dia yerr? Dan makanan apa yang sesuai untuk anak kucing saya ni..mohon penerangan

    ReplyDelete