Kucing bergaduh adalah perkara lazim dalam hidupan harian mereka.Tetapi perkara ini amat menyusahkan kepada pemilik ataupun penyayang kucing terutamanya kepada yang memiliki kucing banyaknya tinggal sebumbung.Jika dibiarkan agak sukar juga bagi mereka untuk bertenang kembali sehingga salah seekor darinya menyerah kalah.Lebih teruk lagi, jika mereka akan mencederakan antara satu sama lain dan jika lebih agresif lagi habis berterabur barangan dalam rumah dikerjakan mereka berdua.
Perkara yang kita boleh lakukan meleraikan kucing gaduh:
~Semburan air- ini adalah jalan terbaik kerana dengan semburan air kucing akan terkejut dan tersentap seketika,lagipun kucing tidak sukakan air dan ini membuatkannya lari.
~Buat bising- seperti sergah ataupun guna alatan seperti "horn" dan sebagainya ,ini menakutkan kedua-dua kucing bila kita tuanrumahnya berbuat sedemikian.
~Lontar benda-Lontarkan benda yang lembut seperti bantal kecil,soft toys dan sebagainya ke arah mereka bagi mengalih perhatian mereka.
Perkara yang kita tidak patut lakukan meleraikan kucing gaduh:
~Menangkap salah seekor kucing yang sedang bergaduh bukannya tindakan yang bijak kerana kucing sudah mengeluarkan kuku-kukunya sepenuhnya dan akan menyerang bila-bila masanya serta boleh mencederakan kita.
***Gunakan kain sperti tuala untuk terlingkupkan bahagian kepala & badannya semasa mengangkatkannya dari medan pergaduhan***
~Memukul ataupun meleraikan mereka dengan kayu juga membuatkan kedua-duanya bertambah agresif kerana sakit jika dipukul dan mungkin akan menyerang kita pula.
~Tidak mengasingkan mereka berdua- Selepas berjaya menangkap kedua-duanya perlulah dikurungkan dan diasing supaya mereka tidak bertembung lagi kerana kucing mengambil masa yang agak lama untuk "bertenang" kembali iaitu lebih kurang 48 jam.
~Dibiarkannya bebas merayau-rayau walaupun salah satu sudah dikurung dan ini membolehkannya akan menyerang kembali kucing yang sudah dikurung kerana kepekaan bau serta juga boleh menyerang kucing yang sebagai sasarannya yang masih marah.
kalau kucing sy bunyi lori tgh jalan pon cabut lari masuk rumah,
ReplyDeletemcm mana nak atasi ketakutan dlm diri kucing tuu?
haha!
erk.. da smbur air.. da kurung
ReplyDeletesmua da wat
tp ade 2 ekor kucing iz pntg berjmpe
sure slah sekor berdarah/ terencot
camne plak 2??
ngan kucing laen dia ok je..huhuhu
cmne ek?
Iz..ke2-2nya sdah declare bermusuhan..seperti yg tertulis dlm N3 "Kenapa kucing bergaduh" cara yg terbaik adalah:
ReplyDelete1) kena pindahkan/pisahkan sprti beri kepada org lain salah seekornya
2) Di"kasi"kan ataupun kembiri
**susah kucing utk berbaik semula..krana sift mereka dh begitu
sy sll sembur air..:p
ReplyDeleteterpaksa..sebab masing-masing tunjuk gangster..
dah macam - macam tips sy cuba..pening kepala masih memikirkan cam ner nak leraikan permusuhan 2 ekor kucing saya..till now masih tunjuk kesamsengan antara satu sama lain..lol ada tips lain x?
ReplyDeleteAs-salam..
ReplyDeleteKalau kucing dikembiri nnti dah tak gaduh ke?
Sy ada 4 ekor n masing2 tak ngam
Tp yg si Oen suka cari gaduh dgn Dorra..
Mata oen kalo tgk dorra tu mmg penuh kebencian..
Salam. Saya ada kucing dekat rumah kampung. Saya skrg dah pindah rumah kampung saya . Yang jadi masalah.. kucing saya sendiri bergaduh dengan kucing di rumah kampung saya. Ada tak cara2 nak bagi dorang chill boleh berkawan. Ke nak bawak pegi vacation hahaha
ReplyDeletewasalm..kucing awak dianggap pendatang baru bgi kucing di kampung tu..dan dianggap sebagai musuhnya.Sukar bagi mereka nk serasikan diri melainkan salah satu akan mengalah.
ReplyDelete