Monday, April 11, 2011

Kucing "Tuxedo Cat"

Kucing "Tuxedo" adalah nama yang digelarkan kepada kucing yang mempunyai corak warna bulunya seolah-olah seperti memakai pakaian barat "tuxedo" yang mana terdiri dari 2 warna :dwiwarna(bicolor) hitam & putih.

Terdapat 10 jenis gred bicolor yang digredkan dari 1 hingga 10 seperti di atas ,dan gred 10 mewakili yang tertinggi manakala 1 adalah yang paling rendah.Corak "Tuxedo Cat" pula digredkan sebagai gred bicolor yang rendah iaitu di antara 2 & 3.
Mengenalpastikan "Tuxedo Cat":
> Bulu kucing mempunyai 2 warna hitam & putih asal bukannya campuran dari kedua-dua warna ni seperti kelabu.
>Bulu warna putih pula semestinya di bahagian perut,kaki,dada serta juga dagunya.
> Warna putih dari dagunya merebak ke hidungnya ataupun berwarna putih bahagian hidung serta di kedua-dua belah pipinya.
>Warna hitamnya pula di bahagian keseluruhan badannya sehingga ke ekornya dan juga bahagian atas sisi luar kakinya.
>Warna kepalanya juga hitam
Baka pembentukan bulu bicolor:
Baka campuran samada dari baka-baka seperti dibawah adalah selalunya mudah terhasil corak bulu hitam & putih untuk membentuk corak sebegini kerana baka induk mempunyai bicolor secara asalnya:
>American shorthair
>British shorthair
>Turkish Anggora
>Turkish Van
>Manx
**Antara watak kartun "TUXEDO CAT" yang terkenal adalah "Felix the cat" dan juga "Sylvester the cat"**

No comments:

Post a Comment