Pemberian Ubat titik mata ataupun eyedrop sejenis ubat cecair yang perlu diberikan kepada kucing , agak sukar juga kerana kucing tidak biasa dengan keadaan sebegini kerana ianya rasa takut kita seperti hendak mencederakannya.
Sesetengah kucing seperti baka "highnose persian" mudah mendapat jangkitan mata kerana keturunan serta fizikalnya sendiri dan matanya amat peka kepada habuk dan bendasing .
Sesetengah kucing seperti baka "highnose persian" mudah mendapat jangkitan mata kerana keturunan serta fizikalnya sendiri dan matanya amat peka kepada habuk dan bendasing .
Contoh Eye drop yang ada dijual dalam pasaran.
Cara mudah memberi ubat titik mata:
1) Pemberian ubat titik mata ini perlu diberikan kepada dengan kedudukan dari belakang kepalanya dan BUKAN dari arah hadapan kerana botol ubat yang bermuncung itu boleh menakutkannya.
2) Langkah pertama adalah usap-usapkan kepalanya untuk membuatkannya rasa selesa dan tidak rasa seperti kita hendak berikannya ubat tetapi dirasai bermain-main dengannya.
3) Seterusnya, selepas beberapa ketika dimana kucing sudah selesa ,tarik sikit kulit kepalanya secara perlahan-lahan "gentle" untuk membuatkannya membuka matanya dengan luas.
4) Titikkan ubat mata sedikit ke dalam mata yang terbuka luas itu dri arah belakang kepala.
5) Kemudian usap-usapkan kepalanya untuk membuatkannya rasa selesa kembali dan di samping itu ianya akan memejam-celikkan matanya kerana ubat tersebut.
6) Setelah nampak ianya tidak gelisah ataupun selesa ,ulangan langkah di atas utnuk mata yang sebelah lagi.
****Kaedah ini hanya petua semata-mata dan hasilnya bergantung kepada individu serta mungkin berbeza tetapi inilah kaedah yang dilakukan kepada warga kucing di KucingUtara****
Terimakasih sekali lagi. Maklumat ini banyak membantu kakCT.
ReplyDeleteTerima kasih, saya selalu letak dari depan,. patut la kucing takut..
ReplyDeleteApa kata buat post untuk letakkan ubat telinga pulak. ;)
sma2..cara beri ubat telinga tu ada dlm entri cara cuci telnga kucing....
ReplyDeletepakai eyemo tkboleh?
ReplyDeletexboleh sbb mata kucing & manusia xsama
ReplyDelete