Sunday, May 27, 2012

Pengalaman atasi ekor kucing membotak

Apa yang merunsingkan penyayang kucing apabila kucing yang dimiliki tetiba bulu di bahagian ekornya membotak serta melekit berminyak terutamanya kucing jantan.Semakin hari semakin mengurang bulunya di bahagian ekornya.

Antara sebabnya adalah "hormon" seksual bagi jantan yang peluangnya terbatas untuk mengawan dan sejenis "minyak" dikeluarkan melalui ekornya dan menyebabkannya melekit-lekit serta mengugat bulu di ekor.

Baca di bawah melalui email yang dibincangkan tentang pengalaman salah seorang pengunjung KucingUtara dan ingin berkongsi pengalaman beliau atasi masalah ini:


Salam, 
Saya nk kongsi tips dengan Kucing Utara. 
Ekor kucing saya semakin pulih. tiada lagi melekit2 grossy "stud tails"

1. saya mandikan kucing saya, cuci bahagian ekornye tu.
2. saya keringkan, selepas bebetul kering saya letak bedak/tepung.
3. saya juga memberikan die makan plain yogurt.
4. selepas 1 minggu, ekor dan kulit berminyak bebetul tiada..

saya rasa awak boleh sharekan infor ni dekat semua peminat2 kucing
salam.

2012/4/25 heatie ilani
Wsalam

Terimakasih banyak2 info bawah ni..die jantan..
saya akan stop mencukur bulu die..kesian sgt..dan akan tukar RC hair and skin..

thanks sekali lagi.. 

On Wed, Apr 25, 2012 at 8:42 AM, Kucing Utara  wrote:
salam,,,
sbelum awak buat keputusan ,beberapa perkara perlu di periksa:
1) Jantinanya>>jika ianya jantan ,,keadaan ni mudah berlaku kerana hormon berlebihan dikeluarkannya kerana "seks"nya terbatas .Jadi jika ianya tidak mengawan ,secara semulajadinya akan dikeluarkan melalui ekornya.
2) stop mencukur bulunya kerana boleh mengundang penyakit kulit
3) Ekornya yg membotak tu perlu di cuci/shampoo terapi
4) RC30 hanya utk normal cat tapi RC hair & skin pula utk masalah bulu

2012/4/12 heatie ilani
Salam, 

Saya mempunyai jenis kucing Norwegian, ekornye selalu berminyak dan sagt teruk. die suke menjilat2 ekor nye tu. dan saya da shave macam singa dah..masih ada
setiap minggu mesti saya mandikan..tpi masih teruk.

ada tip2 x wahai kucing utara..

 Diatas adalah pengalamannya mengatasi masalah "stud tail" yang membotak di bahagian ekornya serta mungkin juga sebagai petua kepada kita semua untuk mengatasinya sekiranya mengalami masalah ini....
 

No comments:

Post a Comment