Tuesday, June 26, 2012

Adakah Normal Kucing Menjilat Bulunya

Kucing mulai belajar membersihkan bulunya sendiri daripada ibunya semasa beumur 1 1/2 bulan dan ketika menjangkau usia lebih 2 bulan sudah pandai dan tahu selok belok tentang kaedah "jilatan cuci" ini.Mengikut penyelidikan , kucing adalah golongan "big cat" seperti singa pemburuan adalah kerja utamanya untuk makanan dan sudah tentu kesan darah mangsanya akan tercalit di badannya.Pembersihan perlu dilakukannya untuk menyucikan kesan-kesan sebegini dengan cara jilatan supaya sebersih-bersihnya untuk mengelakkannya dapat pula di kesan oleh musuhnya..


Keadaan Normal:
Kucing menghabiskan masanya di dalam keadaan normal hampir 8 ke 15% untuk menjilat bulunya sendiri di waktu jaganya dan di bawah ini adalah bahagian anggota badannya yang dicuci mengikut turutan secara umumnya dan bergantung kepada kucing sendiri samada perlu dilakukannya semua dan yang pasti selepas makan ianya akan cucikan langkah 1 ke 5:
> Hidung, bibir mulutnya
> Tapak kaki,celahan jari
>Membasahi kaki hadapannya untuk menyucikan kepala, telinga ,mata dan hidungnya
>Menjilat kaki hadapan yang sebelah lagi untuk menyucikan kepala, telinga ,mata dan hidungnya
>Menjilat bahunya sehingga yang tercapai kiri dan kanan
>Bahagian perutnya ke bawah
>Menjilat kaki belakang satu persatu
>menjilat/menyucikan punggungnya serta ekornya


Selain daripada untuk menyucikan , jilatan sendiri ke bulunya adalah penting untuk menyejukkan badannya ketika di hari panas kerana kucing tiada kelenjar/kilang peluh untuk mengimbangi suhu badannya.Malah air liurnya juga mempunyai keupayaan sebagai terapi utnuk bulunya serta juga "antibiotik" untuk mengecah jangkitan kuman/bakteria.

***Kekerapan menjilat dan tertumpu ke bahagian tertentu saja berkemungkinan masalah berkaitan kulit/parasit/kutu dan lain lain.,Jika terlalu asyik & kerap menjilat bahunya berkemungkinan untuk menyelesakan/menenangkan dirinya****

No comments:

Post a Comment