Sunday, July 8, 2012

Penjagaan Gigi Kucing

Kucing adalah bersifat suka membersihkan dirinya, dengan meyucikan dari muka sehingga ke ekornya secara menjilat dan hampir masanya terluang dalam proses ini.Namun, agak sukar baginya membuat penjagaan giginya dan secara semulajadinya melalui kunyahan daging mangsanya yang masih segar dapat membantunya dalam penjagaan gigi.Ini kerana semasa kunyahan secara tidak langsung akan juga menyucikan gigi-giginya.


Namun, dalam hidupannya bersama kita sebagai haiwan kesayangan ,,agak sukar baginya mempraktikkan cara sebegini sebab makanan yang disediakan kepada agak kurang membantunya.Dari jenis makanan yang disediakan makanan kering "dryfood" lebih membantu ataupun hampir berfungsi sama berbandingkan makanan basah"Wetfood" kerana makanan ini lebih lembut dan tidak lagi diperlukan untuk kunyahan.

Gingivitis> masalah gigi kucing:
Gigi kucing menjadi kekuningan,tartar gigi dan lain-lainnya serta juga masalah gusinya "Gingivitis" boleh memudaratkannya sehingga boleh merosakkan giginya.

Kaedah memberus gigi:
Terdapat pelbagai produk untuk menyucikan gigi kucing di dalam pasaran seperti di bawah, namun agak kurang sedikit berbanding ubat gigi untuk kucing.Ini adalah salah satu cara mengatasinya terutama kucing yang sudah dewasa berumur lebih 2 tahun.



Cara penggunaan ada tertulis dilabelnya dan selalunya tidak memerlukan berus gigi tetapi sapuan terus ke giginya dan kucing akan menjilat giginya sendiri sebagai caranya menyucikan dengan bahan ini.


No comments:

Post a Comment