Friday, August 3, 2012

Air Untuk Kucing

Air sangat diperlukan oleh kucing sebagai bahan asas untuknya mengekal/mengawal suhu badannya, sistem penghadaman,pengkumuhan,pelincir tisu badannya dan sebagainya.

Keperluan air minum
>Kucing secara asasnya memerlukan air yang perlu diminumnya secara anggaran puratanya 60ml untuk setiap kilogram berat badannya dan juga bergantung kepada kadar metabolisma nya.
>Kucing mendapat sumber air secara tidak langsung dari makanannya yang kadar kelembapan makanannya antara 60-75% (terutamanya makanan basah*wetfood* yang mengandungi hampir 80% air dan menyebabkannya kurang berminat minum air sendiri dari bekas air tersedia).
**Sekiranya ianya minum selepas makan wetfood ,dengan mudahnya tercapai hampir 90% kandungan pengambilan air**
>Makanan dryfood pula secara amnya mengandungi hanya 8% air  dan meminum air selepas memakan makanan sebegini adalah perlu baginya , secara semulajadinya kucing akan meminum sendiri air selepas makan dryfood untuk mengimbangi keperluan air dalam badannya.
**Sekiranya ianya minum selepas makan dryfood ,Ianya perlu minum sebanyak yang mungkin untuk mengimbangi kadar kandungan pengambilan air yang diperlukn badannya** 


Fakta Pembandingan air antara wetfood & dryfood
Mengikut kajian yang dijalankan ke atas kucing yang memakan dryfood & wetfood dan kucing yang memakan wetfood mempunyai kadar air tinggi berbanding kucing yang memakan dryfood dan di bawah adalah hasil kajian:
>Wetfood>kucing menghasilkan secara purata 110ml/hari air kencing
<DryFood>kucng hanya menghasilkan secara purata 60ml/hari air kencing
***Banyak kajian yang berkeputusan kucing kurang air jika diberikan makan makanan dryfood semata-mata***

Kehilangan air 
Kucing boleh kehilangan air badannya kerana beberapa sebab dan caranya:
>Hari panas ...melalui air liurnya dan juga menjilat badannya
>Cirit
>Najis
>Air kencing
>Penyusuan
>melalui kulitnya

No comments:

Post a Comment