Tuesday, August 21, 2012

Cacing Kucing hookworm

Salah satu jenis cacing/parasit yang menyerang ataupun menjangkiti kucing adalah sejenis cacing yang dikenali sebagai hookworm" iaitu cacing bergigi..Ianya akan mendiami di dalam usus kecil kucing secara mencakuk lekat di dinding usus sambil menghisap darah dari usus.


Caranya jangkitan ataupun merebaknya ke kucing:
>Tikus~ adalah pembawa utama cacing jenis ini dan sekiranya kucing memakan tikus secara tidak langsung telur-telurnya akan membiak di dalam usus kucing.
>Air kotor~air yang tercemar
>Makanan basi ataupun tercemar
>Penyusuan ibu kepada anak sekiranya ibu sudah dijangkiti cacing ini.
>Melalui tahinya

Tandanya Dijangkiti
>Kucing mengalami cirit-birit
>Tahinya kehitaman
>Sembelit
>Hilang selera makan
>Perut membulat kembung
>Bibir ,telinganya menjadi pucat
>Anemia (kerana cacing ini menghisap darah)
>Lemah
>Berak berdarah


>>>>Hookworm ini agak berbisa kepada anak kucing dan boleh membawa maut kepadanya jika tidak dirawat secepat mungkin (selalunya anak kucing yang mati mendadak dalam beberapa hari jika tiada rawatan diberikannya).Hookworm ini juga boleh merebak kepada kita juga dan hati-hati ketika mengendalikan najisnya)<<<<

No comments:

Post a Comment