Monday, November 26, 2012

Kenapa perlu sayangi Kucing

Semua orang suka kucing dan sudah tentu ada antara kita yang belum pernah melihara kucing kesayangan ini ingintahu ,apa seronoknya atau baiknya bela & sayang kucing? Memiliki serta memelihara kucing dengan cukup makan & minum serta selesa tempat perlindungan di samping disayanginya sudah tentu ada kelebihan yang tersembunyi di sebaliknya.Marilah kita renungkan beberapa faktor yang mungkin kita alami bersama kucing kesayangan kita dan kenapa kita perlu miliki/sayangi kucing.

 
>>Jam Gerak tanpa bateri. Kucing akan mengejutkan kita di awal pagi dengan pelbagai cara samada menjilat, mengais-gaiskan pintu tidur dan sebagainya.Baginya  bermaksud "Bangun! masa untuk sarapan pagi! “.Tidak perlu risaukan diri lai bangun lewat ,kucing akan berbuat demikian setiap hari tanpa berhenti.
>> Kucing Sayangi kita :Tanpa sebarang syarat mereka menunjukkan kasih sayang samada ketika tidur diatas riba, bersebelahan dan sebagainya, ketika menyambut kepulangan kita di pintu depan dengan wajah ceria serta dapat menghilangkan sebentar rasa gelisah,tertekan kita sewaktu pulang, mengekori kita dari bilik ke bilik, suka menjilat hidung kita, bermain dengan kita dan sebagainya. 
>>Kita lebih suka balik rumah segera: Kita akan teringatkan kucing kesayangan kita yang setia menunggu di rumah dan terlintas dalam fikiran kita terbina dalam alasan-. "Saya perlu pulang segera! Lupa untuk memberi makan kucing! “

 
>>Kucing adalah penawar: Memiliki kucing boleh menenangkan keletihan rohani dan mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 40%, menurut Pusat Penyelidikan Strok di University of Minnesota serta juga mengurangkan risiko maut akibat penyakit jantung dan strok lain sebanyak 30%
>>Kucing pembersih: Setiap hari hampir 4-5 jam masa jaganya dihabiskan untuk menjilat bulu-bulunya ,tambahan pula jari-jemarinya dijilat agak lama selepas makan. Kebersihan diutamakannya, betapa malunya kita jika kebersihan diri kita tidak terjaga ,**Hinggakan najisnya sendiri pun ditimbusnya dengan begitu berhati-hati**
>>Kucing membersihkan bawah sofa/katil : memang tidak dinafikan bilamana kucing bermain dan menyorok di bawah sofa ,sudah tentu apa yang dijumpainya akan di gongong keluar sekali...


>>Kucing Inspirasi jagaan kesihatan: Apabila melihat kucing kesayangan kita yang selalunya akan mengeliat dan gerakan menegangkan ototnya,ini juga akan mengingatkan kita sudah bersenam untuk kesihatan kita?
>>Bekerjasama & saling membantu: Apabila melihat kucing kesayangan kita yang saling menjilat antara satu sama lain , mengajar kita supaya sentiasa bertolak ansur dan suka membantu.
>>Kucing membantu menangkap perosak di rumah:
Tidak perlu lagi menjerit-jerit takut/geli bila terlihat pepijat/lipas atau serangga  lain-lain yang mengelikan kerana l kucing anda akan terlebih dahulu menangkapnya.

Dan pelbagai lagi kelebihannya yang tidak dapat dinyatakan di sini , namun apa yang penting jika tidak memiliki kucing, Sayangilah kucing....sebab ianya hidup bersama manusia.

7 comments:

  1. assalamualaikum wbt.

    betollah. kucing ni kekadang mcm terapi kat kita kan. dah tengok semua baru boleh lelap mata...hihihi

    ReplyDelete
  2. mmng sronok & ceria jika ada kucing....

    ReplyDelete
  3. saya setuju sgt.wpun mereka kadang2 sgt nakal tapi cukup menghiburkan.hati sgt sedih melihat kucing yg tiada tempat berlindung

    ReplyDelete
  4. betul.. kucing mmg akan kejut kite pagi2.. kucing sy akan mengiau sebelum waktu subuh smpaila sy bangun.. dah mcm jam loceng.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Kucing sy dah mengandung tak lama lagi sy akan dpt cucu.

    ReplyDelete
  6. Tak lama lagi sy akan dpt cucu . kucing sy noerbetty dah mengandung. Tak sabar tunggu cucu sulung.

    ReplyDelete
  7. Tak kami sy akan dpt cucu sulung. Gembiranya. Anak sy noerbetty dah mengandung. Kucing kami yg kami anggap bagai anak sendiri.

    ReplyDelete