Saturday, January 12, 2013

Ulcer Mulut Kucing

Ulcer mulut yang terhasil/terjadi kepada kucing umumnya dikenali sebagai "Rodent Ulcer"( nama lain yang dikategorikan adalah>> eosinophilic granuloma, feline eosinophilic granuloma, feline rodent ulcer, indolent ulcer, eosinophilic granuloma ulcer of cats) iaitu selalunya, ia terjadi di bahagian  dalam bibir atas kucing berwarna kekuningan ataupun kemerahan dan menyebabkannya rasa sakit ataupun tidak selesa, sesetengah kucing juga akan dijangkiti ulser pada lidah pula ,Ia tidak gatal dan seolah-olah tidak menyebabkan kesakitan kepadanya. Ulser yang sudah merebak juga mungkin menjadikannya bengkak besar,serta juga akan mengugatkan gigi dan gusinya.

Antara sebab-sebabnya:
Ia boleh terjadi kepada kucing tidak mengira umurnya, namun dianggarkan  tiga kali lebih mudah berlaku kucing betina daripada yang jantan. Ini terhasil daripada tindak balasnya terhadap alahan terutama kepada makanan, masalah parasit,masalah imun dan sesetengah kes dikaitkan dengan jangkitan pergigiannya sendiri ataupun genetik.
***Dalam kebanyakan kes masalah Ulser ini yang sudah mnjadi teruk ,boleh menyebabkannya kesakitan dan keengganan atau ketidakupayaan untuk makan, dan serta juga kucing mungkin tidak dapat untuk merapi /jilat-jilatkan bulu dirinya***

Penilaian untuk mengenalpastikan puncanya terjadi selalunya perkara berkaitan dengan alahan seperti  alahan kulit, sensitiviti makanan, alahan rawatan steroid, alahan ubat kutu/parasit dll serta juga agen berjangkit seperti virus, kulat, dan bakteria perlu dipertimbangkan.

Rawatan:
Kucing yang mengalami ulcer perlu mendapat rawatan dari Vet untuk mengenalpastikn sebab-sebabnya kerana rawatannya diubati dengan ubat-ubatan steroid. Di samping mengelakkannya daripada punca-puncanya menjadi ulcer kerana alahan smada kerana makanan, parasit dan sebagainya.


Jika disyaki kerana kutu atau parasit lain, rawatan penghapusan diperlukan. Juga yang berkaitan dengan alahan makanan, pemberian makanan ini perlu dihentikan untuk sementara dan diberikan makanan segar seperti ayam rebus dan sebagainya.


***Jika kucing anda telah minum atau makan dari mangkuk plastik atau getah, perlu dielakkan kerana jenis mangkuk/bekas ini pembawa bakteria/kuman dan tukarkan ke jenis seramik***


No comments:

Post a Comment