Monday, March 4, 2013

Kucing cirit selepas tukar makanan

Ianya adalah perkara normal bagi najis kucing bertukar menjadi tidak teratur terutamanya berbentuk cecair seperti cirit selepas penukaran jenis makanan kepadanya.Keadaan ini adalah sama juga bagi kita, bilamana memakan makanan yang belum pernah dimakan dan berkemungkinan akan mendapat sakit perut secara tiba-tiba makan sesuatu yang kita tidak pernah sebelum ini.Setiap perubahan diet kucing adalah puncanya cirit sementara walaupun menukarkan kepada makanan yang berkualiti tinggi dari sebelum ini.


Panduan Menukarkan diet kucing
>>Apabila menukar diet kucing kesayangan anda, anda secara beransur-ansur harus memperkenalkan makanan baru kepada mereka dengan mencampurkannya dengan makanan lama sepanjang tempoh 2-3 minggu.
>>Secara beransur-ansur menambah kadar yang lebih daripada makanan baru setiap hari . Hanya pada jumlah kecil jenis makanan baru pada mulanya dan secara beransur-ansur meningkatkan jumlah tambahan makanan baru ini setiap hari manakala mengurangkan jumlah makanan lama.
>>Boleh juga ditambahkan satu sudu rebusan labu pumpkin dalam makanannya sebagai tambahan “fibre”serat untuk menstabilkan najisnya.
>>Jika najisnya masih tidak begitu baik serta berterusan, dapatkan rujukan/pemeriksaan dari doktor haiwan ini kerana kucing kesayangan mungkin memerlukan antibiotik untuk menyingkirkan penumbuhan/pembiakan yang terlalu cepat bakteria.

Diet baru akan menyebabkan kerengsaan ataupun ketidakselesaan perut dan cirit-birit kepada kucing tanpa mengira samada makanan itu dari kategori premium ataupun komersial catfood .Bagi yang makanan komersial pula mempunyai perwarna tiruan ,bahan awet serta diperbanyakkan "grain" sumber bijirin dan ini pemangkin kepadanya mudah cirit.....

 

No comments:

Post a Comment