Saturday, October 19, 2013

Rawatan keracunan dengan Activated Charcoal

Kucing yang bersifat ingin tahu dan mempunyai kecenderungan untuk memburu atau menerokai apa saja tempat-tempat baru seperti timbunan kayu, taman,pasu bunga,stor dan lainnya. Persekitaran ini yang menyebabkan mereka terdedah kepada serangga berbisa, bangkai haiwan mati yang beracun,kesan racun rumpai,racun serangga ,juga tumbuh-tumbuhan toksik dan sebagainya.Ini bermakna bahawa dalam banyak kes-kes keracunan yang disyaki dan agak sukar untuk kenalpastikan punca keracunannya kerana kepelbagaian punca/penyebab keracunan terutamanya dari keracunan tumbuhan melainkan jika kita ternampak sendiri kucing memakan tumbuhan  atau produk tertentu.
Kucing juga memakan bangkai dan bersentuhan dengan bangkai (daging reput/berulat atau daging bangkai),namun kucing adalah lebih sensitif daripada anjing untuk keracunan makanan dan mudah terkesan keracunan walaupun di peringkat keracunan yang lebih rendah. Tanda-tanda keracunan bermula dengan muntah dan sakit di bahagian abdomen.
Dalam kes-kes yang teruk dalammasa 2 hingga 6 jam kemudian adalah cirit-birit. Masalah menjadi lebih teruk jika ianya terjadi hasil dari jangkitan bakteria. Kes-kes ringan pulih dalam tempoh satu hingga dua hari.


Rawatan dengan Activated charcoal 
Activated charcoal tablet digunakan untuk lapisan usus dan melambatkan atau menghalang penyerapan.


Selepas ianya muntah kesan dari keracunan, hancurkan charcoal tablet(secara umumnya dose yangdiperlukan adalah 1-3 gram setiap 1 kg/berat badan kucing) dengan air dan gunakan picagari untuk pemberian secara manual kepadanya ataupun boleh juga diberikan/disuapkan secara terus pil tersebut diikuti dengan pemberian lebih air minum yang banyak untuk elakkannya dehydrated.

Rawatan lanjut: Dapatkan rawatan veterinar serta-merta bagi tanda-tanda dehidrasi yang teruk, keracunan dengan nampak pendarahan dalam muntahnya , kejutan/kejangan iaitu seperti "tarik" sama seperti terkena sawan. 

No comments:

Post a Comment