Monday, February 24, 2014

Kepentingan Vitamin B Complexs kepada kucing

Pengenalan:
Vitamin B kompleks terdiri daripada antara vitamin yang diperlukan di dalam diet kucing .B kompleks terdiri daripada : B1(thiamin) , niacin, B2(riboflavin) , B5 ( Pantothenic asid), B6 ( pyridoxine ), asid folik, B12, dan juga biotin . Kebanyakan vitamin ini boleh didapati dari sumber  daging dan hasil daging lebihan campuran( meat by product).


Fungsi & Masalah kekurangan
Vitamin B1
 Vitamin B1 menukarkan glukosa kepada tenaga. Oleh kerana itu, ianya adalah sumber penting untuk membantu otot dan sel saraf berfungsi sebaiknya.Salah satu penyebab kekurangan Vitamin B1 ini di dalam system badan kucing kerana jika mereka memakan ikan mentah sebagai sumber makanan utamanya yang mengandungi enzim yang dipanggil thiaminase yang memusnahkan thiamine iaitu Vitamin B1 .Ikan yang dimasak tidak menjadi apa-apa masalah, kerana ketika memasak ianya memusnahkan thiaminase itu.Kesan kekurangan vitamin B1 dapat ditunjukkan sebagai:
>kehilangan selera makan
>lemah
>kurang tindakbalas refleks
 >kehilangan kawalan saraf.

Niacin:
Kekurangan niasin boleh menyebabkan sindrom yang dikenali sebagai ' lidah Hitam' . Ini adalah ulser di dalam mulut yang menghalang kucing dari makan dengan betul . Kekurangan ini biasanya timbul apabila diet mempunyai daging yang tidak mencukupi.
 

Vitamin B5
Vitamin B5 boleh didapati di dalam makanan mentah samada daging dan juga sayur-sayuran tetapi sejumlah besar vitamin B5 dimusnahkan semasa memasak. Vitamin B5 adalah penting dalam proses menukar karbohidrat dan protein kepada tenaga dan kekurangan boleh menyebabkan kehilangan ataupun keguguran bulu, cirit-birit, dan gangguan gastrik.

Vitamin B6
Satu lagi vitamin yang penting juga dari B kompleks adalah vitamin B6. Walaupun mudah diperolehi di  dalam kebanyakan sumber makanan , seperti mana vitamin B5 tadi,ianya mudah termusnah ketika memasak. Kekurangan vitamin B6 membawa punca kepada:
 anemia,
Terbantut tumbesaran,
batu karang,
Sakit gigi(gigi berlubang) ,
sakit kulit ,
dan dalam kes-kes yang lebih teruk boleh membawa kematian.


Asid Folik & Vitamin B12
Asid folik dan B12 adalah sumber penting yang diperlukan untuk pengeluaran & penghasilan sum-sum tulang sel-sel darah merah dan kekurangan satu atau kedua-dua mereka membawa kepada anemia.

Biotin:
Biotin adalah penting untuk mengekalkan kulit dan bulu yang sihat dan subur. Penghalang Biotin dikenali sebagai "avidin" mudah didapati dari sumber putih telur dan ianya menghalang sumber biotin dari diserap ke system badan kucing tetapi avidin ini juga musnah jika dimasak. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk memberi makan kucing dengan telur mentah.

 

Sumber Vitamin-Vitamin B (B Kompleks)"Brewer Yeast "adalah sumber terbaik vitamin-vitamin B ini. Vitamin B-kompleks di dalam Brewer Yeast terdiri daripada B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (Pantothenic asid), B6 (pyridoxine), B9 (asid folik) dan H atau B7 (Biotin). Dan juga antara fungsi Vitamin B Kompleks membantu memecahkan lemak, protein dan karbohidrat, yang memberikan tenaga kepada kucing .Di samping itu, vitamin B boleh menyokong sistem saraf kucing anda, pencernaan bantuan dan menyihatkan bulu, mata, kulit dan hatinya sentiasa di dalam keadaan yang sihat.


1 comment: