Saturday, February 8, 2014

Kolar pelindung luka kucing

Tujuan utama diberi-pakaikan "Elizabeth Collar" ataupun dikenali sebagai "E-Collar" ataupun kolar pelindung adalah untuk mencegah kucing dari terus mengganggu kawasan pembedahan atau kawasan cedera/luka badannya.Walaupun begitu, kucing pada mulanya akan rasa tidak selesa ketika memakai kolar pelindung dan sering berusaha bersungguh-sunguh cuba untuk mengeluarkannya.Namun akhirnya kucing akan menjadi biasa dengannya kerana agak sukar baginya menanggalkannya sendiri.


Ianya sejenis topi plastik berbentuk kon yang membantu melindungi kecederaan atau luka dari menjadi lebih teruk kerana kucing akan menjilat-jilat kawasan bekas luka sendiri ataupun menghalangkannya dari terjilat ubat sapu yang disapukan di tempat lukanya yangmana mungkin boleh memudaratkannya.Kolar pelindung akan menghalangkannya dari menjilat atau mengunyah pada kecederaan pada badan, atau daripada menggaru muka atau kepala.


Adalah penting untuk terus memantau keadaan kucing dalam beberapa jam pertama selepas dipakaikan kolar pelindung kepadanya untuk memastikan kucing tidak sengaja memasukkan kakinya di celah kolar dan terperangkap dalam kolar atau menyakiti dirinya.


Kolar pelindung mesti dipakai sehingga luka telah sembuh sepenuhnya. Bergantung kepada jenis kecederaan, ia mungkin untuk beberapa hari, atau mungkin memakan masa sehingga beberapa minggu. Kolar ini boleh didapati di klinik haiwan yang merawatnya ataupun boleh dibeli di sesetengah kedai petshop.
Kucing boleh makan dan minum seperti biasa ketika memakai kolar pelindung ini dengan betul mengikut saiznya(ada beberapa jenis saiz yang bersesuaian dan mengambilkira faktor fizikal kepala kucing). Ia mungkin rumit pada mulanya tetapi kebanyakan kucing dapat menyesuaikan diri. Kita juga mungkin perlu untuk mengubah kedudukan/bentuk bekas makanan dan air mangkuknya untuk lebih mudah bagi kucing makan dan minum. Sesetengah kucing lebih mudah untuk makan daripada pinggan atau piring dan bukan mangkuk.


No comments:

Post a Comment