Monday, March 24, 2014

Heat Stroke Kepanasan Melampau terhadap Kucing

"Hyperthermia" iaitu kesan radang akibat kepanasan melampau dikenali sebagai "Heat Stroke"adalah disebabkan oleh suhu badannya meningkat tinggi secara mendadak dan menyebabkan organ-organ dalaman badannya mula tidak berfungsi seperti sepatutnya.Ianya adalah keadaan yang boleh mengancam nyawa dengan gejala suhu tinggi badan, nadinya menjadi kencang, kesukaran bernafas, kekeliruan,keletihan,tidak bermaya,meleleh air liur dan banyak lagi simptomnya berkaitan ketidakupayaan system saratnya.

Penyejukan badan Kucing, Berpeluh?:
Kucing tidak berpeluh sebagaimana yang kita bertindakbalas kesan haba/panas badan untuk menyejukkan badan kita supaya sentiasa bersuhu badan normal tetapi bagi kucing , mereka akan membuang air kecil(kencing) atau "peluh" kelembapan keluar melalui tapak kaki mereka untuk menghilangkan haba yang berlebihan.

Antara sebabnya terjadi "Strok Haba"
>hari-hari terlalu panas, contohnya jika kucing hitam menghabiskan sepanjang hari tidur secara langsung di matahari musim panas.


>Terperangkap di tempat yang hangat/bahang, seperti rumah hijau.
>Terperangkap di tempat tertutup sepenuhnya seperti di tinggalkan di dalam kereta yang di parking.

Rawatan atasi jika "strok haba"
>Pindahkan kucing ke dalam kawasan yang sejuk dan basah bulu dia dengan air sejuk.Letakkan "bag ais" diantara kankang kakinya(berkedudukan seperti memeluk bantal peluk)
>Jangan gunakan air terlalu sejuk(air ais) kerana ini.menyebabkan kekecutan saluran darahnya dan akan melambatkan proses penyejukan iaitu pengaliran haba keluar.
>Selimutkannya dengan tuala basah sekiranya kucing dalam keadaan tidak sedar diri untuk lebih kurang dalam masa 1 jam. Jika masih tidak sedarkan diri ,kita perlu berikannya CPR(Elok masa ini digunakan untuk membawakannya ke vet berdekatan).
>Ketika kucing kembali sedar,berikannya minum air - kesan pitam panas juga menyebabkan loya, dan kucing mungkin tidak haus  selepas sedar walaupun dirinya kekurangan air.
>>Jangan dipaksa minum air kepadanya kerana langkah ini akan menambah ketidak-selesaan dan menjadi lebih gelisah.
>>Namun air penting untuknya ketika ini dan perlu  disuap air ke mulut secara beberapa titik ke dalam sudut-sudut mulut dengan kerap.

 

3 comments:

  1. Nk tanya..lau kucing kene stroke haba...adakah bole sembuh?

    ReplyDelete
  2. Ya..jika bertindak cepat utk menyejukknnya

    ReplyDelete
  3. kucing sy kena strok haba dn kepalanya jadi herot..

    ReplyDelete