Saturday, August 8, 2015

Kucing atasi asthmanya dengan cara tidur

Kucing jantan ini agak kurus sedikit kerana mengalami penyakit lelah ataupun asthma.Ianya menunjukkan sukar bernafas seawal umurnya dan disyaki mengalami masalah pernafasan.Setelah mendapatkan rawatan rujukan dari vet berdekatan dan ianya disahkan menghadapi masalah sukar pernafasan dan diberikan ubat-ubat untuk atasinya gangguan saluran pernafasan.

Di awal simptom tanda-tandanya ditunjukkannya adalah seperti di bawah:

1) Keletihan dan tidak bermaya
2) Sukar bernafas sambil mulutnya ternganga luas ketika bernafas
3) Batuk-batuk serta juga kerap bersin
4) Hilang selera makan'
5) asyik tidur dan sangat bermanja (kerana inilah dinamakannya "Manja" walaupun jantan).

Disebabkannya sukar/susah bernafas terutamanya di waktu tidur , "Manja"sangat selasa dengan caranya tidur di kedudukan kepalanya berada di atas dari paras badan ataupun dengan kata lain "tidur dalam keadaan duduk'.

Keadaan "Manja" yang sedang tidur dan suka meletakkan kepalanya di sisi "armrest" sofa.Alhamdullillah , keadaannya sekarang tidak seteruk dulu lagi.



1 comment:

  1. Assalam. Boleh saya tahu ubat apa yang diberikan untuk kucing yang dpt asthma?

    ReplyDelete