Saturday, August 22, 2015

Tingkahlaku anak kucing berusia 2 hingga 18 minggu

Perubahan Tingkahlaku anak kucing berusia 2 hingga 18 minggu

Semasa Umur sehingga 2 minggu
Anak kucing mula belajar untuk menyesuaikan dirinya dengan bertindak ke arah bunyi sebagai deria utamanya.Sudah boleh menampakan diri dalam perebutan kuasa dalam pertandingan untuk pangkat dan kawasan sepertimana berebut-rebut puting susu ibunya dan akhirnya mereka akan hisap susu di tempat yang sudah dimilikinya. Mata mula pembukaan; mereka biasanya terbuka oleh dua minggu usia.

Semasa Umur 4 minggu
 Minggu keempat umurnya, deria bau sudah berfungsi sepenuhnya,pendengaran juga sudah mula berfungsi dan juga sudah bergigi. Keitika ini juga mereka sudah boleh berjalan dengan baik tapi masih belum stabil lagi.Anak kucing mula berinteraksi dengan anak kucing lain (adik beradiknya. dan boleh berjalan agak baik.



Semasa Umur 5 minggu
Diusianya minggu kelima, penglihatan sudah matang sepenuhnya dan berfungsi dengan baik. Kestabilan kedudukan "posisi'nya juga sempurna iaitu anak kucing boleh membetulkan/imbangkan dirinya, berlari, meletakkan kakinya dengan tepat, mengelakkan halangan, yang mengejar dan menyambar dan menangkap "mangsa" dengan bantuan ketepatan fokus matanya.
Anak kucing mula membuat aktiviti cuci dirinya "grooming' iaitu menjilat-jilat badan,jari-jarinya dan lain-lainnya.

Semasa Umur 6-7 minggu
Pada minggu keenam dan ketujuh, anak kucing mula berkembang membentuk corak tidur yang dibuat oleh kucing biasa dewasa dan kebolehan interaksi sosial.
Anak-anak itu biasanya akan putus susu ibunya semasa umur antara 6 hingga 7 minggu, tetapi mereka masih lagi terus bergantung susu ibu mereka untuk keselesaan.Ini  kerana ibu mereka secara beransur-ansur meninggalkan mereka untuk tempoh yang lebih lama.


 Anak kucing yang cerai susu terlalu awal(seperti kehilangan ibu, dipisahkan dan sebagainya) lebih cenderung untuk mempamerkan tingkah laku sepertimana menghisap susu seperti menghisap selimut, bantal atau dan sebaginya sebagai gantian.

Semasa Umur 8 =12 minggu
Ketika umurnya di dalam julat ini mereka dalam proses pembelajaran secara praktikal mengenai hidup bersosial dengan bermain-main,berlawan-lawan,menerkam,lompat ,berlari-lari , menyerang dan lain-lainya sesama mereka.
Sebaik-baiknya, anak-anak itu perlu tinggal dengan adik beradik mereka (atau "role-model" kucing lain yang sudah menjadi kawan mereka) sekurang-kurangnya 12 minggu.


Sehingga Umur 14 minggu
Permainan sosial dan benda-benda akan membantu meningkatkan koordinasi fizikal anak kucing dan kemahiran sosial. Antara jenis permainan sosial/benda termasuk mengali-gali tanah/pasir, melambungkan diri/melompat, cakar, menggigit,menahan pegang/peluk lawan/objek,menjilat-jilat kawannya, mengejar ekor, seranghendap, melompat dan menari.
Kebanyakan pembelajaran adalah melalui pemerhatian, iaitu pemerhatian terhadap tingkahlaku ibu mereka.


Semasa Umur 18 minggu
Sikapnya lebih cenderung kepada rasa ingintahu dan ini akan meningkatkan penerokaan, dominasi, termasuk haiwan lain.Anak kucing mula meninjau dan menggunakan kedudukan (dominasi atau penyerahan) dalam rumah, termasuk terhadap kita.


No comments:

Post a Comment