Saturday, August 27, 2016

kenapa Kucing najisnya berdarah (Colitis)

Kucing kekadang akan menghasilkan najisnya bercampur darah dan ini adalah berkemungkinan besar disebabkan oleh masalah keradangan usus besarnya.Antara sebab-sebabnya adalah serangan parasit ususnya, kerengsaan usus, penggunaan antibiotik, atau ulser.Ini dikenali sebagai "Colitis".


Secara klinikalnya Colitis terbahagi kepada 2 jenis iaitu "ulser Colitis" dan "Ischemic Colitis".

Ulser kolitis adalah penyakit radang usus besar dan lapisan ulser yang terhasil di dalam ususnya serta menjejaskan hanya di bahagian dalam saja.
Tanda-tanda dan gejalanya terdiri daripada:
>>Najis berdarah serta najisnya agak lembik
>>Kerap membuang air besar
>>Kekejangan sakit perut
>>luka-luka kulit
>>Sakit pada sendi

Ischemic Colitis pula adalah keradangan yang disebabkan oleh gangguan aliran darah ke usus besarnya.
Tanda-tanda dan gejalanya terdiri daripada::
>>Berdarah merah terang/cair dalam najis
>>sakit perut yang teruk
>>Demam
>>muntah
>>Cirit-birit
>>sakit otot


Penjagaan makanannya:
Pemakanan yang terbaik adalah penting dalam mana-mana penyakit kronik terutamanya seperti penyakit ini.
Makanan segar yang dimasak sendiri adalah yang terbaik untuknya dan pastikan tiada lemak, tetapi jika haiwan kesayangan anda tidak menyukainya, maka anda tidak perlu memaksa makan kepadanya tetapi biarkannya membiasakan diri dengan makanan baru.
Apabila memilih makanan kering(dry food) adalah disarankan untuk mengelakkan bahan pengawet sintetik seperti (BHA), (BHT) dan sebagainya.Elakkan juga makanan kering yang dihasilkan dari lemak haiwan (banyak terdapat di dalam makanan haiwan). Produk tenusu juga perlu dielakkannya.

"""Berikanya makan dengan kerap dengan kadar sedikit dalam jadual sehari 5 kali dan bukan dalam satu hidangan besar """

.Disebabkan Colitis hampir sama dengan masalah Irritable Bowel Disease dan boleh dicsebabkan oleh beberapa faktor, ia adalah penting untuk mendapat pemeriksaan menyeluruh dilakukan oleh doktor haiwan.

No comments:

Post a Comment