Monday, October 17, 2016

Kenapa kucing enggan masuk kotak carrier?

Ada di antara kucing terlalu takutkan ataupun enggan langsung memasuki bakul"carrier" bilamana kita hendak membawa mereka keluar ataupun ke mana-mana tempat yang kita hajati .Jika kucing ternampak bakul"carrier" disediakan oleh kita dan secara spontannya dia melarikan diri dan menyembunyikan dirinya. Kenapa kucing berbuat demikian? Apa yang menyebabkannya begitu takut sekali untuk memasuki bakul "carrier"?Selalunya kucing kesayangan kita berasa tenang,berkelakuan baik tetapi bila ternampak kotak carrier tersedia seolah-oalah menimbulkan tekanan untuknya.




Antara Sebab-Sebabnya:
Pengalaman mengerikan:
Bagi kebanyakan kucing yang pernah mengalami pengalaman yang menyakitkannya secara fizikal seperti bakul "carrier" ini hanya digunakan bilamana kita membawanya keluar sebelum perjalanan ke doktor haiwan.(Suntikan agak tidak menyenangkan kepada kucing)
 

Berpindah ke tempat baru
Bakul "carrier" ini hanya digunakan bilamana kita membawanya keluar untuk dihantarkan ke hotel kucing ataupun tempat jagaan kucing sementara.Ada antara kucing tidak begitu selesa dengan pengalaman yang dihadapi semasa tinggal sementara bersama-sama kucing lain yang tidak dikenali malah mereka dikurung untuk jangkamasa tertentu.




Sebagai tempat kurungan sementara
Ada sesetengah yang akan kurungkan kucing sementara bilamana kita melayani tetamu sedangkan kucing kesayangan kita adalah bebas bergerak di dalam rumah.


Cara Atasi Masalah ini:
Membiasakan dirinya selalu dan lebih kerap menggunakan bakul ataupun kotak Carrier ini setiap masa adalah menukarkan tanggapannya yang bakul "carrier" ini bukanlah sebagai alat yang digunakan akan menyebabkannya sakit ataupun tertekan.Kekerapan menggunakan bakul carrier ini setiap hari akan menjadikannya sebagai salah satu alat untuknya seperti tempat tidur, rehat nya dan sebagainya.





No comments:

Post a Comment