Friday, February 3, 2017

Kenapa tidak boleh pegang Anak kucing yang baru lahir?

Memang tidak dapat dinafikan keinginan memegang,mendukung dan menyentuh anak kucing yang baru dilahirkan kerana mereka ini terlalu comel-comel belaka.Persoalannya bilakah masa yang sesuai ataupun umur berapakah anak kucing boleh dipegang ataupun didukung dan sebagainya?



Masa dan Umur anak kucing:
Memegang ataupun mendukung anak kucing yang baru dilahirkan sebaiknya selepas mereka berusia 1-2 minggu adalah masa yang sesuai untuk membolehkan keserasian anak anak kucing dengan kita. Memegang/sentuhan ini bermaksud bersentuhan untuk jangkamasa yang lama tetapi sekadar seketika memegang untuk membantu mengangkatkan mereka tidak terkandung dalam makna sentuhan ini sebab masa sentuhan terlalu singkat.


Kenapa memegang tidak boleh diawal umur (bawah 2minggu)?
Ibu kucing mengenal pastikan anak-anaknya selain daripada secara fizikal(sentuhan/visual), adalah melalui baunya yang ditinggalkannya terhadap anak-anaknya melalui jilatan/geseran sentuhan badannya kepada mereka.Ini dapat diperhatikan bilamana si ibu kembali kepada mereka akan menghidu setiap anak-anaknya terlebih dulu sebelum menyusu dan sebagainya.Jika kita menyentuh anak-anaknya seawal usia ini, secara tidak langsung sentuhan tersebut akan meninggalkan bau kita terhadap anak-anaknya.Perkara ini akan menyebabkan si ibu terkesan yang anak-anaknya sudah dicemari oleh faktor luar yakni dalam alam hidupan kucing dianggap sudah dikesan musuhnya.Awal kelahiran di dalam waktu 0 - 4minggu adalah waktu kritikal bagi ibu kucing melindungi serta menyembunyikan anak-anaknya dari dunia luar sebaik mungkin untuk elakkan sebarang ancaman terhadap anak-anaknya samada dari musuh ataupun kucing lain.Ini juga semasa umur anak-anak kucing sebegini mereka adalah separa sedar dan masih lagi didalam tumbesaran dan bergantung sepenuhnya kepada ibu kucing untuk susu(kaya dengan antibodi) serta juga akan menghabiskan masa hampir 16jam sehari tidur untuk tumbesaran.

***Ada pesanan/pepatah Orang dulu-dulu yang melarang kita supaya tidak memegang anak kucing yang baru lahir kerana ditakuti siibunya tidak mahu anaknya lagi***




No comments:

Post a Comment