Friday, May 19, 2017

Kucing kuat makan tapi tidak gemuk

Secara umumnya, apabila kucing berselera makan dengan sempurna, ia adalah tanda kesihatan yang baik. Walaubagaimanapun berselera makan yang agak berlebihan pula besar kemungkinan ianya adalah petunjuk yang kucing mengalami masalah.Ini dilihat secara fizikalnya kucing tidak begitu gemuk ataupun nampak kurus walaupun makan banyak dan kenapa ini terjadi?

Antara kemungkinan besarnya terutama kucing dewasa yang sudah menjangakui usianya lebih 2 tahun, masalah diabetes dan hipertiroidisme adalah senarai utama penyakit yang boleh menyebabkan penurunan berat badan walaupun ianya berselera makan.

Masalah Kencing Manis
Sepertimana masalah Diabetes yang kita hadapi kucing juga terdedah kepada masalah kesihatan yang sama iaitu diabetes.Diabetes adalah disebabkan pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi. Biasanya, kucing dengan diabetes minum dan kencing berlebihan, makan banyak tetapi berat badan pula menurun,Ini adalah disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses penghadaman makanan yang dimakannya. Keadaan ini akan menyebabkan makanan yang dimakannya tidak dapat dihadamkan dengan sempurna dan hasilnya nutrien/zat yang diperlukannya tidak dapat diserap oleh badannya serta kegagalan makanannya menerusi proses penghadamannya dan akhirnya dikeluarnya bersama-sama bahan kumuhannya.Namun kucing akan terus makan berlebihan kerana dia merasakan seolah-olah merasa kelaparan setiap masa.

Masalah Tiroid -hipertiroidisme 
Hipertiroidisme adalah gangguan kelenjar di mana kelenjar tiroid di leher menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan. Kebiasaannya terjadi kepda kucing yang lebih tua iaitu purata umur 10 tahun ke atas,Masalah ini boleh dirawat,dan doktor haiwan akan menjalankan beberapa ujian darah asas - ujian tiroid dan ujian kencing untuk menentukan samada ianya mempunyai gangguan masalah sebegini.

Masalah lain-lainnya
Punca masalah yang yang boleh dipertimbangkan mengenai penurunan berat badan adalah gangguan gastrousus seperti penyakit keradangan usus (inflammatory bowel disease), kegagalan pankreas (pancreatic insufficiency) ataupun gastrointestinal lymphoma (sejenis kanser).




No comments:

Post a Comment