Wednesday, April 27, 2011

Minyak Zaitun Memudahkan kucing muntah keluar Hair Ball

Olive oil ataupun minyak zaitun kaya dengan khasiatnya serta banyak faedah yang dapat kita ambil seperti membantu masalah sembelit dan lain-lain lagi.Ia juga berfungsi sama kepada kucing jika diberikan mengikut sukatan yang betul.

 >>Memudahkan muntah keluar Hair Ball- Jilatan kucing pada bulu-bulunya dan secara tidak langsung tertelan bulu-bulunya.Pemberian Minyak zaitun yang dicampurkan kepada makanannya boleh membantu  melincirkan/menhuraikan bulu yang terkumpul di dalam perutnya serta memudahkannya memuntahkan kembali

.Antara Faedah lain dari Olive oil kepada kucing:
>>Penambah selera- Dengan menambahkan sedikit minyak zaitun ke dalam makanannya kerana aromanya menarik perhatian kucing ,ianya juga boleh menambah selera kepada kucing tetapi perlu diberikan dalam kuantiti yang sedikit.
>>Mengemukkan-Minyak zaitun kaya dengan "fatty acid" dan juga vitamin E.
>>Masalah sembelit-juga dapat berfungsi sebagai pelincir di dalam ususnya bagi melancarkan penghadaman serta pengkumuhannya.
***Tambahan satu sudu kecil minyak zaitun ke dalam makanannya terutamanya jenis dryfood, dan cuma diberikan 3 kali seminggu***


>>Pencuci Telinga-Minyak zaitun adalah bahan yang terbaik untuk menyuci telinga kucing terutamanya yang dihinggapi Earmites kerana minyak ini akan melemaskannya.
***celupkan dan basahkan putik kapas dengan minyak zaitun dan cuci di dalam telinga dengan berhati-hati supaya>juga boleh digunakan minyak ini sebagai "eardrop" ataupun ubat titik telinga untuk melemaskan earmites***
Perhatian:Pemberian berlebihan mungkin akan menyebabkan kucing mengalami masalah kegemukan ataupun berat badan yang mungkin mengundang risiko diabetes serta masalah jantung.

8 comments:

  1. ohh olive oil bleh menambahkab selera kucing ehh? kl sy mkn agk2 bertambah x slera mkn sy? hihi ^.^

    ReplyDelete
  2. wah1 baru tau khasiatnyer utk cat. my cat consume madu jer.hehehe

    ReplyDelete
  3. Cik TeN10>>kalau makn ..hmm bukan sja berselera tpi tkut jdi berat..sbb acid fat tu..

    ReplyDelete
  4. kalau titiskan buat macam biase je la?? nanti earmites tu akan mati??

    ReplyDelete
  5. ya btul2..titis skit sja..ini akan melemaskan earmite serta mudah menrik perhatiannya dan terkumpul..akhirnya mudah dicuci..lgipun minyak ini vegie oil xakan apa2kan kucing..jgn bubuh bnyk plak..

    ReplyDelete
  6. gemuknya kucing tu! igtkan minyak senyonyong tadi rupanya olive oil! hahahah

    ReplyDelete
  7. Saya ada 2 ekor kucing. Sekor jantan dan Sekor betina. 2 beradik. Dua2 active. Sampai brani pnjat ke atas almari dgn melalui lngsir tngkap. Yg jantan selera mkn dy ok, makin gemukk. Tpi yg betina mkn sikit2 je. Xlah kurus sgt. tpi bdan maintain je xnk gemuk2. Dh mcm prmpuan zman skrg pulak ikut diet, mkn sikit je. Cmana nk buat bg dy selera mkn tinggi ye ?

    ReplyDelete