Sunday, April 24, 2011

Kenapa kulit kucing kering?

Kulit kucing yang menjadi kekeringan "dry skin" boleh menyebabkan kualiti bulunya yang cantik tergugat dan akhirnya membotak atuapun bulu-bulunya menjadi pendek serta tidak menarik lagi.Terdapat beberapa sebab-sebab tertentu bulunya menjadi sedemikian samada secara semulajadi ataupun kerana tindakan kita sendiri.

 
Penyebab kulit kucing kering:
>> Terlalu kerap dimandikan- Kucing secara semulajadinya memandikan dirinya sendiri iaitu menjilat-jilat bulunya sendiri dan secara terus airliurnya akan membasahkan keseluruhan bulunya.Tetapi jika kita terlalu sukakan memandikannya, ini akan mengeringkan kulitnya kerana formula yang terdapat di airliurnya tidak dapat menyamai airliurnya.Conditioner adalah antara punca kulitnya kering.
>>Kurang menyikatkannya-Bulu kucing yang jenis panjang memang mudah tersimpul ataupun kusut dan memudahkan bagi bakteria luar menjangkitinya di kawasan ini kerana jilatan kucing adalah terhad di luar sahaja.Apabila kusutan ini terjadi dan jangkitan terhasil , kulitnya akan menjadi kering kerana jangkitan.

>>Jangkitan Kutu- Sesetengah kucing terlalu sensitif dan juga alergik kepada kutu terutamanya air liur yang dikeluarkan oleh kutu-kutu dan tersebar di kulitnya.Keadaan ini menyebabakan kulitnya terasa gatal-gatal,kemerahan serta menjadi kering.
>>Zat Makanan-kekurangan zat makanan dalam diet sehariannya juga punca kulitnya kering dan kucing perlukan "fatty acid" untuk menyihatkan kulit dan bulu-bulunya.Minyak ikan kod ataupun salmon boleh membantu.

2 comments:

  1. comelnya meow..
    td g petshop tgk ank kucen camtuh,
    rm600,huhu save bajet dl,so beli
    hamster jelah td,hee

    ReplyDelete
  2. kalau kucing bulu kering,akar bulu akan kasar dan menjadi warna merah kan?

    ReplyDelete