Saturday, July 13, 2013

Jenis Baka Kucing Pedigree Non Pedigree & Cross Breed

Secara asasnya baka kucing terbahagi kepada 3 jenis categori/class nya iaitu Pedigree Non Pedigree & Cross Breed.Penerangan mengenai setiap jenis ini adalah seperti di bawah:

1) Pedigree >> adalah baka asal ataupun dikenali juga sebagai "purebreed" iaitu baka asal dari sama jenis bakanya daripada sama baka dalam keturunan keluarga yang sama dari kedua-dua ibubapanya.Sebagai contoh kedua-dua ibubapa mereka samada dari baka yang sama seperti Persian+Persian,birman+birman dan sebagainya.Secara umumnya baka ini adalah lebih mahal dari segi harganya serta bergantung kepada keunikan baka tersebut serta mempunyai sijil CFA dan sebagainya.


2) Cross Breed>> adalah baka campuran hasil daripada campuran antara 2 jenis baka "pedigree" yang berlainan dan sebagai contohnya campuran antara Birman & Angola dan sebagainya ataupun secara ringkasnya adalah baka yang dihasilkan dari mana-mana 2 jenis baka/pedigree yang berlainan. Secara umumnya baka ini adalah lebih murah dari segi harganya berbandingkan yang Pedigree serta bergantung kepada keunikan campuran baka yang berlainan itu.

Crossbreed persian

3)Non Pedigree>> adalah baka campuran hasil daripada campuran mana-mana ibubapanya terdiri dari kalangan "crossbreed"samada kedua-dua ibubapanya adalah "crossbreed" ataupun salah satu daripada ibu & bapanya adalah dari "cross breed".Baka ini juga di kalangan yang sudah beberapa generasinya bercampur serta beranak pinak dan agak sukar untuk mengenal pastikan keturunan/pedigree asal usulnya.Namun disebabkan campuran sebegini , daya tahandiri yang terhasil di dalam baka ini adlah lebih kuat serta dapat menghindarkan sebarang jangkitan secara umumnya berbanding baka Pedigree.

Anak-anak kucing Non pedigree(ibubapanya dari "cross breed"persian & turkish

Mereka juga dikenali dengan beberapa nama gelaran lain yang gemar diberikan oleh pakar kucing/veterinary seperti DLH (Domestic LongHair)>>untuk kucing yang berbulu panjang, DSH(Domestic Shorthair)>>untuk kucing yang berbulu pendek dan manakala DMH(Domestic Medium LengthHair)>>untuk kucing yang berbulu sederhana panjangnya.



No comments:

Post a Comment