Friday, July 19, 2013

Penyakit Cacar COXPOW terhadap kucing

Pelbagai jenis cacar virus yang boleh menjangkiti beberapa jenis haiwan yang berbeza. Walaupun virus cacar coxpow yang umumnya menjangkiti lembu dan juga menjangkiti haiwan lain termasuk kucing, anjing, kuda malah kepada manusia juga. Tuan rumah semula jadi kepada virus ini adalah tikus liar.Kucing yang bebas di alam luar dan menangkap tikus adalah berisiko.

Contoh jangkitan di puting lembu

Contoh jangkitan tangan manusia
Bagaimana Dijangkiti
Kucing yang mudah dijangkiti dengan virus coxpow biasanya pemburu bebas yang secara asasnya hubungan terus dengan mangsanya yakni , tikus itu biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jangkitan walaupun "pembawa" semulajadi virus ini.Lazimnya jangkitan kepada kucing tiada had umur, baka ataupun jantinanya dan kecenderungan jangkitan berkemungkinan berisiko di dalam kawasan penempatan yang banyak tikus.
Coxpow virus ini akan memasuki kulit melalui luka gigitan dari tikus/kesan luka gaduh.Jangkitan virus merebak selepas beberapa hari sebabkan kulitnya rosak. kemudian diikuti oleh jangkitan bakteria lain "sekunder", menghasilkan merah radang, sakit kulit sakit serta bernanah.Luka kulit akibat jangkitan biasanya sembuh sendiri dengan jangkamasa tertentu. namun, jika sistem imun kucing agak lemah maka jangkitannya boleh menyebabkannya menjadi lebih teruk.

Untuk beberapa minggu selepas jangkitan awal, banyak luka-luka kulit boleh terus membiak/tersebar Bentuknya adalah bujur kecil ,namapk sperti lebam kecil tertimbul. kerupingkudisnya akan menutupi kawasan jangkitan dan akan jatuh sendiri. 

Penyembuhan/Rawatan:
Secara Umumnya ianya akan sembuh sendiri dalam masa 8 minggu namun bergantung kepada sistem immunisasi dayatahan kucing itu sendiri.Langkah terbaik adalah dapatkan rawatan dari Klinik haiwan untuk mengelakkannya menjadi lebih teruk lagi.

No comments:

Post a Comment