Wednesday, November 27, 2013

Pemerhatian kepada kucing Berumur

Kucing "indoor" boleh mencapai usia sehingga 20 tahun bergantung kepada tahap persekitaran hidupnya adalah lebih baik seperti pemakanan,tempat tinggal,vaksinisasi,perubatan/rawatan dan sebagainya.Penjagaan yang baik kepada kucing "indoor" mendorongkannya boleh hidup  lebih lama berbandingkan kucing-kucing "outdoor' yang bebas keluar/masuk kerana mereka ini lebih terdedah kepada factor luar yang membolehknnya mendapat jangkitan/kecederaan.
Namun, semakin lanjut usianya bertambah ianya berkemungkinan tinggi akan menghadapi masalah/ isu-isu kesihatan dan secara amnya seperti arthritis atau penyakit kencing manis walaupun mendapat penjagaan terbaik dan ini kerana faktor usia. Kucing "Outdoor" lebih ketara singkat umurnya iaitu dalam lingkungan umurnya antara 4 hingga 5 tahun,manakala kebanyakan kucing "indoor" boleh mencapai 12 hingga 18 tahun.


Perhatian terhadap isu-isu kesihatan kepada kucing berusia emas:
>>>Chronic kidney disease
Kucing berumur yang meminum banyak air dan kencing banyak boleh menunjukkan tanda-tanda penyakit buah pinggang adalah antara petunjuknya.Kesan samping lain terhadap kucing bermasalah/penyakit buah pinggang kronik adalah terdedah kepada jangkitan saluran kencing. Pemberian makanan yang rendah protein dan rendah fosforus boleh membantu kerana ini akan mengurangkan kerja pemprosessn bahan kumuh di buah pinggangnya.Pengesanan awal juga membolehkan doktor haiwan untuk melambatkan perkembangan gejala.
>>>Arthritis
Kucing juga boleh mengalami artritis seperti anjing, tetapi terlalu terhad pilihan rawatan melalui preskripsi untuk kucing.Pemberian minyak ikan dan omega-3 tambahan asid lemak dapat membantunya mengurangkan keradangan dan meningkatkan aliran darah.Serta rawatan lain seperti laser terapeutik,akupunktur dan juga tambahan supplement Glucosamine dan kondroitin juga telah berkesan dalam merawat kucing dengan artritis

>>Tahap tenaga yang lebih rendah
Kucing lebih tua terdorong untuk kurang bergerak & tidak begitu aktif dan adalah penting bagi pemiliknya mengelakkan kucing yang berkecenderungan duduk/tidur berterusan 24 jam sehari. Mainan bulu, laser pointer antara mainan yang akan menarik perhatiannya untuk bermain-main. Ini menjadikannya aktif kembali serta dapat menambah tahun kepada hayatnya.
>>Obesiti-Kegemukan
Kegemukan kucing juga boelh mengundang kepada beberapa penyakit kronik seprti kencing manis, masalah jantung dan sebagainya.Namun, penurunan berat badan secara tiba-tiba boleh menyebabkan kegagalan hati.

>>Masalah Gigi
 Perkara yang menyakitkan adalah bilamana kucing mengalami masalah gigi atau gingivitis teruk serta menyebabkan pendarahan/nanah dan ini akan menyumbangkan kepada gangguan aktiviti hidup hariannya seprti tidak selesa makan,rasa tertekan kerana sakitan dan lainnya.Penyakit Pergigian boleh membawa kepada jantung dan buah pinggang masalah yang lebih serius,Memberus gigi kerap adalah langkah yang terbaik, tetapi banyak kucing tidak akan bertolak ansur dengan kaedah ini.Cara lainnya adalah memberikan makanan yang perlu dikunyahkan "chewing" kerana kunyahan dalam jangkamasa yang lama boleh membantu menyucikan tartar. 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment